Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Thursday, December 31, 2009

Mat Periuk Xpress Update

Selamat tahun baru 2010.

Tahun baru ini bermula dgn satu pengorbanan demi membantu insan yg telah melahirkan mat periuk ke dunia ini . Tahun baru ini dimulakan dengan perjalanan sejauh 6256 km untuk memberi sokongan kepada insan sangat penting dalam hidup mat periuk. Doakan mat periuk selamat pergi dan pulang ke tanahair.

Tuesday, December 29, 2009

PhD: Cabaran, Dugaan & Kekuatan

Betullah kata ramai yg pernah buat PhD, bersiap sedia dgn cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi. Tambah2 lagi mereka yang telah membuat keputusan utk mengejar PhD jauh di perantauan. Cabaran dan dugaan bukan setakat dari profesor, supervisor, examiner dan sebagainya tapi lebih dari itu. Semalam mat periuk betul2 faham dan alami sendiri cabaran dan dugaan yg dimaksudkan. Berita ibu kesayangan di Malaysia yg sekali lagi disahkan menghidap cancer ibarat seperti batu menghentam kepala....jiwa menjadi kosong,...hiba menjadi rakan paling rapat tika ini. Berita ini menjadikan komen 'panas' supervisor minggu lepas hanya sebesar kuman, tak memberi makna lagi. Apapun, mat periuk masih bernasib baik ada isteri dan anak2 disini yg memberi kekuatan. Ini semua ketentuan dariNya, mat periuk terima seadanya...

Berkongsi sikit dgn rakan2 tentang sifat dan karektor ibu kesayanganku. kalau nak tahu ibu mat periuk adalah seorang tukang masak terbilang, ramai yang memperakui kehebatan beliau didapur. Mungkin ramai pun kata ibu masing2 pun hebat masak kan...tapi ibu mat periuk nie memang kerjanya memasak, beliau pernah memasak utk ramai VIP macam Dr Mahathir, sultan azlan, menteri besar, menteri2 dan sebagainya. Kalau masak 2-3 ribu orang tu selalunya dia sorang aje...ha..jangan terkejut! kalau kat hotel function 2-3 ribu habis mengelabah lah satu kitchen kan..tapi ibu mat periuk cool & steady aje...sangat berpengalaman...memasak untuk katering dan restoran sejak 1970an lagi. Pada umur nya yg masuk 61 tahun beliau masih lagi memasak untuk beribu-ribu orang terutama musim cuti yg baru nie bila ramai yang naik pelamin. Bukan tak suruh dia berehat, dah banyak kali tapi hanya dgn memasak beliau menjadi lebih kuat dan sihat. Kami anak2 kena akur....

Selain bakat memasaknya satu sifatnya yang mat periuk tahu sangat ialah sifatnya yg tak pernah tunjuk rasa sakit dan susah hati pada siapa-siapa pun. Sebagai anak, mat periuk memang kenal sangat sifat yang satu ini....kalau sakit macamana pun atau susah macamana pun dia akan sorok sebaik mungkin supaya orang lain tak susah hati. mat periuk tahu sangat sebab ini adalah antara sifat beliau yang telah diperturunkan pada mat periuk...kalau ada problem, settle sendiri kerana hidup jangan menyusahkan orang. Tulah sebab mat periuk susah hati sebab bila call dia ...akan kedengaran suara yg cool dan ceria kerana mat periuk tahu sifat yang satu itu....

Ini kali kedua kena cancer nie, 4 tahun lepas dah buat operation dan buang bahagian cancer tu...everytime kimo beliau akan menderita....makan terus muntah, badan jadi kurus, rambut semua gugur...sesiapa yg ada rakan atau saudara yg pernah buat kimo pasti tahu azabnya. Tapi sejak dari dulu ibu mat periuk nie memang cool dan seorang yang kuat semangat...mat periuk rasa antara sebab beliau survive the first time beliau kena cancer dulu ialah daya juang beliau yang sangat tinggi...Allah sayangkan beliau dan memberi beliau dugaan yang maha hebat ini. mat periuk cuma berharap mak akan terus kuat semangat dan berjuang sekali lagi...Amin.

Mat periuk: Insyallah operation bakal dijalankan pada 4 januari 2010. Mat periuk mohon rakan2 mendoakan kesejahteraan ibu kesayangan.Doakan juga kesejahteraan ayah mat periuk yang tidak berapa sihat juga.



gambar mak dan ayah semasa di Gold Coast beberapa bulan lepas.

Saturday, December 26, 2009

Boxing Day

Pegh...hari nie boxing day, pagi tadi try nak gi Harbour Town Factory Outlet, cheh...berapa kali pusing tak dapat parking, semua mat salleh dah giler shopping. Boxing day kat Australia nie kira event besar lah, sebab sale giler-giler...giler punya giler..org giler pun tak giler macam sale nie wakakakak. Itulah sebab agaknya diaorg bagi nama boxing day sebab semua orang sampai nak bertumbuk masuk kedai nak shopping.

Apapun nie kali kedua Christmas kat Gold Coast nie...maknanya dah masuk 2 tahun kat sini dah...perkembang PhD,ermmmm..kekadang okey sangat-sangat kadang2 menakutkan sangat-sangat...dalam erti kata lain, kadang2 masuk gear 1 smooth je sampai gear 5...kadang2 tersangkut di gear 3....tapi kadang-kadang terpaksa jugak reverse balik heheheh...tapi tak kisahlah...tulah dia cabarannya, kalau senang buat PhD semua org dalam dunia nie org panggil Dr kan...

Mat periuk: perjuangan harus diteruskan.....demi membawa nama kampung ku.."seorang budak kg tersusun tasek, bercham, ipoh berjaya mengengam PhD wakakakak. InsyaAllah

Wednesday, December 23, 2009

PAPADOM oleh Chef Afdlin Shauki



Rasanya dah terlambat kot Mat Periuk nak bagi komen pasal filem nie pasal filem nie dah lama habis tayangan nya kat malaysia. Tapi oleh kerana mat periuk baru aje habis tengok filem nie (terima kasih pada sepupu mat periuk yg datang ke Gold Coast minggu lepas) maka kira okeylah. Jujurnya memang cerita nie tak sehebat dari segi visualnya terutamanya cinematografi tapi layakkah komen ini diberikan oleh seorang tukang masak heheheh...tapi mat periuk tabik (macam cikgu yg kena belasah tu) kat Afdlin atas buah tangan terbaru beliau ini yang sangat hebat dari segi moral cerita dan pengajaran yang cuba disampaikan dalam nukilan yang boleh dikira diluar kebiasaan utk filem Malaysia. Kalau korang ada anak dan setiap hari korang melihat anak korang tu membesar pasti faham maksud yg tersirat dari dalam filem ini. Sebagai seoarang anak yang dibesarkan didalam keluarga yang terlibat dalam perniagaan makan-makan nie....jalan cerita Papadom banyak persamaan...tahniah Afdlin..ko punya homeworks membuatkan cerita nie menjadi.

Lagi satu yg tak berkaitan secara langsung dgn filem nie.. mat periuk memang dari dulu suka tgk cerita melayu walaupun ramai kawan2 mat periuk memperlekehkan filem melayu, kalau korang perasan banyak melayu sekarang lebih bangga menonton Transformer dari CicakMan, speaking London lebih dari lorat utara, menyokong EPL bagai nak rak dan mengutuk giler2 Liga Super, membaca NST dan Star dgn bangganya di kedai kopi cawangan america dari berita harian dan harian metro...semuanya kerana ingin namapak lebih urban, terpelajar dan moden...tapi hakikat nya masih menelan sambal belacan dan tidak pula blue cheese (malah ada yg tak tau mebezakan kan ricotta dan feta cheese). Fahamanan golongan ini apa sahaja dari oversea dan berbahasa Inggeris adalah lebih baik dari negara kita sendiri. Ada juga yg cakap kalau nak jadi pandai....kena cakap english 24 jam dan kalau nak study kat oversea kena biasa2kan baca paper omputih dan minum latte....cheh mat periuk nie tak plak macam tu alhamdullilah dah 2 kali jejak kat negara mat salleh nie! bagi mat periuklah... yang dah beberapa kali meninggalkan tanah melayu nie...mat periuk dah lihat, rasai dan alami sendiri..seburuk2 malaysia kita tu ...ianya lebih baik dari negara luar...percayalah!

Mat Periuk: teruja jugak kalau ada chef yang boleh buat homemade papadom macam Chef Afdlin dalam filem tu heheheheh

Thursday, December 17, 2009

Camping di Mount Tamborine (National Park)

Seperti yg telah di bgtau awal minggu nie Mat Periuk dan bala tentera (isteri dan anak2)telah meninggalkan dunia moden dan tamadun dunia untuk beberapa malam. Kitaorg pergi bercamping di atas gunung didalam hutan Mt Tamborine. First time camping kat Australia..perg best giler...pasang kemah, cari kayu api dalam hutan, camp fire malam-malam, masak pakai dapur kayu...fuh, tidur bertemankan bintang-bintang, berlagukan bunyi2 burung dan serangga hutan,... what a life!, what a simple life!

Kadangkala bagus juga buat benda2 macam nie, kalau tak Mat Periuk terperap aje dalam bilik nie dgn journal, article, FB, Blog dan yg sewaktu dgnnya. Mula2 tu hajat dihati nak update blog kat dalam hutan tu..dah siap bawak laptop dgn mobile internet tapi hampeh, tak de line heheheheh..

Anyway Mat Periuk akan cuba upload few gambar masa camping nie..termasuk menu kitorg masa dlm hutan, aktiviti mandi sungai, cari kayu, dan lain-lain lah...



Mat Periuk: camping dlm hutan nie untuk pemanas badan je sebab bulan depan Mat Periuk dan rakan2 akan berkonvoi dan bercamping dari Gold Coast ke Sydney. Perjalanan bakal melebihi 2000 kilometer dan akan bercamping beberapa malam di sepanjang perjalanan pergi dan balik melalui country side Australia. Amacam ada berani?....beranikah aku?..entah hantam sajalah..

Sunday, December 13, 2009

Mat Periuk Xpress Update

Salam semua rakan2 mat periuk,

InsyaAllah sat lagi mat periuk & family akan meninggalkan civilise world sekejap. Taklah lama sangat dalam 3 hari-2 malam. Mat Periuk bawak jugak laptop (just in case) tapi rasanya memang takde internet kat area tu. kalau ada mat periuk update aktiviti2 kitaorg. Kalau takde nanti hari Rabu barulah boleh cerita apa kitorg buat, mana kitaorg pergi, etc ye. Sapa2 yg hantar email ke, FB ke, telefon ke.. minta maaf banyak2lah kalau tak reply ye. Doakan keselamatan kami sekeluarga.

Mat periuk: sesekali adventure best gak...dah boring tgk dunia moden...aku ingin lebih masa bersama alam..

Thursday, December 10, 2009

Best Recipes Books and Best Television Celebrity Cookbook (Malaysia)


Syukur, Alhamdullilah. Semalam dapat email dari En Faruq, orang kuat Telaga Biru Sdn Bhd, wakil publisher buku terbaru mat periuk iaitu Dapur Xpress. Berita gembira dari beliau mengatakan buku Dapur Xpress telah dinobatkan sebagai "Best Recipes Books" and "Best Television Celebrity Cookbook" di Malaysia oleh Gourmand World Cookbook Awards 2009 yang berpengkalan di Madrid, Spain

First time mat periuk menang anugerah untuk buku masakan tulisan mat periuk. Gembira, excited, macam tak percaya, terharu semua pun ada. Dengan kemenangan ini sekaligus melayakkan buku Dapur Xpress bertanding sekali lagi di peringkat dunia pula. Pemenang peringkat dunia ini akan diumumkan di Paris Cookbook Fair pada 11 Februari 2010 di Paris, France. Doakan kejayaan mat periuk membawa nama Malaysia ke peta dunia. Niat dihati ingin mengikut jejak langkah sifu mat periuk iaitu Chef Wan yang telah beberapa kali berjaya memenangi anugerah seumpama ini diperingkat nasional dan world.

Apapun mat periuk ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat termasuklah isteri dan anak-anak, rakan2 di Telaga Biru terutamanya Boss Tn Hj Waharb, Ustaz Zahazan, Tn Hj Muhamad Zakaria, Yus, Sani, Nizam dan Faruq, rakan2 chef yang membantu semasa penerbitan buku ini iaitu Chef Reza, Chef Amin, Chef Shakir, Chef Murshidul Kamal dan student2 mat periuk aka junior mat periuk iaitu Bob Naim, Alfian dan Azrul.Ini adalah hasil kerja berpasukan, buku ini tidak akan berjaya tanpa sokongan semua yg saya sebutkan tadi.

Terima kasih juga kepada semua rakan2 yang sering mengunjungi blog dan website mat periuk especially kepada semua followers 'Blog Seorang Mat Periuk' ini. InsyaAllah kemenangan ini memberi semangat untuk mat periuk menulis lagi.

Mat Periuk: Terima kasih atas ucapan tahniah dari rakan2 di FB juga. Fuh... macam tak percaya....

Tuesday, December 8, 2009

Sharifah Shahira di Gold Coast...

Shiera, Ijoi & Mat Periuk

Aksi BBQ Mat Periuk

Aamacam ada berani? honey and garlic glaze lamba rack...

suasana BBQ di backyard...

makan-makan....


Sharifah Shahira di Gold Coast...
Petang semalam, sekali lagi backyard Mat Periuk berasap 'BBQ'setelah dikunjungi seorang lagi selebriti top Malaysia, siapa lagi kalau bukan Sharifah Shahira atau Shiera. Shiera ditemani suami tercinta Ijoi , 3 anak2 diorg (baby baru tinggal kat KL) dan rakan2 dari Karangkraf iaitu Abg Izahar, 'awek cun' Kiffy dan Latif. Diaorg juga ditemani orang kuat Queensland Tourism Mr Greg Floyd dan Michael Ladd.

Shiera and the gang becuti selama 7 hari atas tajaan Queensland Tourism, beruntung badan kakak aku sorang nie, berjalan sakan sampai nak tercabut lutut. Diorg dilantik sebagai duta percutian ke sini, pergh..class. Cerita vacation beliau dan keluarga akan disiarkan dalam majalan Nona tidak lama lagi. Jangan lupa beli!!!

Nak cerita sikit pasal Shiera nie. Mat Periuk bukan baru kenal dia, dah lama dah lebih dari 5 tahun rasanya sejak kitaorg buat program Famili Ria (Makan Apa Bos? ) dulu..lepas tu kitaorg host program Jemput Makan (first time di Malaysia: talk show + cooking show)dan last sekali sebelum Mat Periuk fly, sempat lagi buat episode finale Ala Carte (NTV7) kat rumah dia di Taman Melawati.Dalam banyak2 artis yang Mat Periuk kenal, Shiera lah yang paling humble, tak banyak songeh, tak diva2, walaupun kalau diikutkan dia nie dah tahap otai dah, menang award pun dah biasa,...kalau ada apa2 event kat rumah dia, tak pernah lupa hantar msg kat Mat Periuk...kalau sembang dgn dia, tak macam sembang dgn artis2 lain yg suka cover2 dan maintain cun, Shiera memang selamba giler..macamana lawak gaban dia kat dlm TV tu macam tu lah kat luar.

Mula2 kenal Shiera dulu Mat Periuk ingat semua artis macam dia..baik hati, tak berlagak dan down to earth..tapi selepas 5 tahun lebih berkecimpung dlm industri nie, barulah Mat Periuk tau, bukan semua artis macam Shiera...banyak lagi yg 'macam-macam'..bak kata astro..macam2 adaaaaa...Kalau Mat Periuk bagi rating kat Shiera dari scale 1-10, Mat Periuk bagi dia 11/10...heheheh..lebih satu sebab dia ada husband Ijoi yang seorang lagi manusia yg humble, down to earth dan tak diva. Memang sesuai lah korang laki bini nie..

So kawan2 semua jangan lupa beli majalah Nona nanti, boleh tengok macamana ceria dan seronoknya mereka sekeluarga bercuti di Gold Coast dan Brisbane. (ada bonus beberapa resipi BBQ dari Mat Periuk yang akan diselitkan juga!)

Disaat blog nie ditulis diorg semua masih dalam perut kapalterbang Air Asia didalam perjalanan pulang ke tanah tumpah airku, Malaysia. Mesti tgh terbongkang keletihan....kesian.

Mat Periuk: kalau semua artis kat Malaysia nie macam Shiera...aman makmur dunia hiburan kita....heheheh

Sunday, December 6, 2009

Raya Haji @ Gold Coast

Sekelumit warga Malaysia di Gold Coast

Makan time

Bacaan doa oleh Uztaz Kapten Zahid (wakil ATM)

sibuknye...

juadah disediakan oleh POT LUCK Catering & Services



SAMBUTAN RAYA HAJI DI GOLD COAST
Pergh, busy giler 3-4 hari nie (buat apa entah, journal tak baca pun heheheh) sampai tak sempat nak update blog MAT PERIUK. Anyway, sebelum basi, ada lebih baik mat periuk tampalkan gambar2 sambutan Hari Raya Haji baru2 nie dikalangan warga Malaysia di Gold Coast. Macam biasa, muka2 tu ajelah pasal memang muka2 nie je yg ada kat Gold Coast nie hahahaah. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, sangat bersyukur di musim summer nie, tiba2 hari tu seakan-akan winter pulak, redup, dingin, sungguh sesuai utk bersembahng mengenang nasib di perantauan ahaks! Itulah yang dinamakan berkat, niat baik nak sambut Hari Raya.

Hari tu pun rasa macam kat negara Arab pun ada, sebab kat sebelah park kitaorg tu serombongan pak arab dan kaum kerabatnya beraya sakan juga..siap main cricket lagi tu..pak arab main cricket...ermmmmm..compius mat periuk!

Walaupun kami tak seramai macam di Perth yg terdapat berpuluh-puluh ribu warga Malaysia, Melbourne dan Sydney yang beribu-ribu juga hatta Brisbane yg tidak kurang hebat dan ribu-ribunya namun kami yg sekelumit dan boleh dikira dengan jari ini masih dan tetap beraya sakan.

Mat Periuk: kadang kala jumlah yg sikit lagi bagus dari yang banyak - kurang kerenah, kurang pening kepala, kurang food habis wakakakaka

Thursday, December 3, 2009

Happy 6th Birthday Daliya

mum & dad's creation

happy birthday ....

daliya's teacher

mum's happy face


Today is a very special day for mat periuk, its Daliya 6th birthday. Daliya nie lain dari yg lain : yg paling pemalu tapi paling chekky, yang paling pemalu tapi paling pandai cakap...dan yg paling pemalu tapi paling cute. Daliya was born in Gold Coast Hospital, Southport six years ago when her mum and dad did their Master. Maknanya dapat master + dapat anak...heheheh

mat periuk: fuh dah besar dah anak2 aku....

Tuesday, December 1, 2009

fuh lega...

Tadi baru lepas jumpa supervisor 'kesayangan'ku - profesor beverley sparks, tak sia2 mat periuk mengadap komputer dekat 20 jam semalam..in general dia kata okey cuma nanti dia akan baca lebih detail lagi dan inform mat periuk jika ada apa2 changes sebelum 'comfirmation seminar' bulan depan....dari raut mukanya mat periuk tau dia puas hati jugaklah...alhamdullilah!. terima kasih kat kawan2 di FB yg bagi semangat dan sokongan...motivasi dari korang sangat2 dialu-alukan

Kalau buat phd kat australia, 'comfirmation seminar' adalah satu2 nya presentation wajib yg ada sepanjang buat phd (tak termasuk present paperlah) sebab sistem viva tak diaplikasikan disini. lepas siap document nie boleh concentrate kat presentation tu pulak. Fuh, satu lagi halangan setinggi gunung ledang menanti mat periuk bulan depan.

apapun...aku nak rilek malam nie dan boleh settle kan article untuk magazine RASA, bulan depan, editor dah mintak dah tu,..jangan lupa beli magazine RASA ye...

mat periuk: erm nak tulis apa ye...korang ada idea tak?

Wednesday, November 25, 2009

Huey's Bloody Good Recipes






Semalam mat periuk sempat berjumpa salah sorang icon chef celebrity yg popular di Australia. Memang mat periuk selalu jugak tgk program dia kat sini. Nama dia Iain Hewitson, tapi lebih selesa dipanggil Huey. Masa jumpa dia semalam, dia memang seorang yg friendly dan dia cakap dia suka malaysian food dan ada sorang kawan baik dia di Malaysia nama chef Vincent (korang kenal tak?). Mat periuk sempat juga bertukar buku masakan dgn dia, suka giler dia tgk buku masakan mat periuk...heheheh..aku pun nak promote buku aku jugak!!!..hahahah.

oklah sedikit infor tentang dia:
Huey dilahirkan di Otaki, New Zealand pada tahun 1948 (sekarang bermaustatin di Australia) dan hampir 40 tahun meng'hambabdi'kan diri dalam bidang culinari. Siri television pertama beliau ialah Healthy, Wealthy & Wise pada tahun 1991. Rancangan beliau yang yang lain termasuklah Huey's TV Dinner, Never Tryst a Skinny Cook ( ada show kat AFC) dan yang paling popular pastinya Huey's Cooking Advanture (tahun ni masuk tahun ke 11 dan merupakan Australia's highest -rating daytime TV show). Buku masakan beliau pun dah banyak. Mat periuk respect kat Huey nie!

ops lupa nak cakap, mat periuk dapat juga buku terbaru dia, siap sign dan tulis:
"To Kamarul, cheers from one chef to another"-Huey

* hahahah..suka hati mat periuk

Khatijah Ibrahim Cooking show



Korang kat Malaysia pernah tgk tak cooking show Khatijah Ibrahim with maggi nie? Sebenarnya rancangan nie pernah ditawarkan kat mat periuk masa mat periuk balik shooting utk Babas last year, tapi entah tak tau apa jadi,...senyap aje.. tup! tup! keluar dgn hostnya Kak Khaty (kalau ikut pangkat kena panggil auntie pasal kak khatie dah ada cucu tapi oleh kerana kak khatie masih maintain cun..heheheh kita panggil kakak lah ye)Takpe itu namanya takde rezeki. Anyway komen mat periuk about this 5 minutes cooking program atau biasa dipanggil capsule nie memang best! I like everything about it, montage, graphic, kitchen setting, lagu dia, camera works (macam tgk iklan) and the best mestilah hostnya kak kathy!...honestly dia memang natural, rileks and know what shes doing. She really can sing, act and cook! Menu2 dia memang simple, yelah for 5 minutes program what do u expect kan tapi overall well done! Two tumbs up kak and to the rest of the team too!

Tuesday, November 24, 2009

Schoolies vs raya haji

Dah 2-3 hari tak update blog....tengah pening kepala + pecah kepala + petak kepala menyiapkan comfirmation document, janji dgn prof minggu depat...arghhh..memang menghitung hari!

erm...benda2 lain takde yg special pun, last nite kerja. Kat area surfers paradise tengah happening atau lebih sesuai kita panggil ha'pening' dgn gelagat budak2 schoolies. Dah macam dalam zoo, ada yg tunggang langgang mabuk, budak pompuan pakai 'separuh' ada, pakai suku pun ada,yg boys plak dgn pakai seluar pendek tak pakai baju berkaki ayam..hahahah...concert sampai pagi..abg2 polis plak sibuk dok tangkap toolies sana sini, polis merata-rata (yg pakai uniform ada yg berpakaian preman pun ada)....yg kena angkat masuk ambulance pasal OD pun ada.ish..ish..memang sesuai betul dipanggil paradise tempat nie..paradise dunia!Kalau orang malaysia datang Gold Coast time nie memang comfirm cultural shock! hahahaha

anyway, hari haji dah dekat, kitaorg kat Gold Coast raya hari sabtu, tak silap malaysia raya Jumaat kan. takpelah kawan2 di malaysia raya dululah. kitaorg geng2 malaysia kat Gold Cosst nie plan, pagi raya sembahyang raya kat mesjid arundel lepas tu pot luck kat park atau tepi laut ajelah...nanti kalau ada masa mat periuk upload gambar kat sini ye...

salam dari bumi kangaroooo

Saturday, November 21, 2009

"Jangan sampai dapur tak berasap" vs "jangan dapur tak berasap"

Baru je menyibuk2 di FB,menambah2 kenkawan yg semakin hari semakin ramai. Yang bestnya semakin hari semakin tak kenal orang2 yg aku add tu. Tak kisahlah beb, buat kawan biar beribu kan. Terima kasihlah yg sudi mengadd FB friend, Inysallah aku add aje, my style kalau orang tu add memang aku add punyalah..kalau suggestion dah beratus dah, aku biar aje..dah dia tak nak add aku takkan aku nak muka tak malu add diaorang kan..kalau member, sedara mara atau student2 aku yg aku kenal lain lah cerita..hehehehe. Untuk follower blog "mat periuk" nie pun aku nak ucapkan thank you very2 much sebab sudi follow blog si mat periuk nie...

ok berbalik bab FB tadi...tengah merayap2 di FB tu tertengok latest status Chef Wan , (boleh kira latest lah sebab Chef Wan punya status berubah every minutes, hehehehe respek betul aku kat dia ni...dalam sibuk2 shooting, berkejar kesana, berkejar kesini, talk sana, talk sini,... sempat FB lagi tu!!..) chef wan nie sifu aku dalam dunia celebriti chef nie (kalau dalam dunia masakan memang beratus-ratus sifu aku semuanya), otai celebriti chef No 1 malaysia. Celebriti chef didalam kelas nya yg tersendiri...chef2 junior macam aku nie, celah gigi dia aje!!!..wakakaka

Statusnya sungguh menarik perhatian, katanya dia akan menulis satu column kat paper mana entah (tak salah Star punya company) every week punya column. Yg bestnya tajuk column tu nanti akan diberi nama "Jangan dapur tak berasap"! eh! macam pernah kedengar ungkapan nie, tapi dimana ye? La rupanya subheading blog "mat periuk "!!, yg berbeza sikit cuma Mat Periuk ada 'sampai' aje...ermmm...kebetulan ye. Ala tak kisahlah..dah bertahun2 dah pun orang pakai ungkapan nie, kalau tak silap aku...bukan pasal malas masak atau tak reti masak ..tapi lebih kepada budget lari sampai nak beli bahan masakan pun tak cukup...betul ke?..entah aku agak2 aje.... hantam sajalah...

* zaman sekarang orang pakai dapur gas...kuranglah asapnya...tapi masih ada asap kan....hehehehe

Friday, November 20, 2009

Anniversary ke 11


11 tahun yang lalu iaitu pada 21 November 1998, date paling penting dalam sejarah hidup aku. Hari ini aku bernikah dgn isteri aku yang juga sahabat baik, member kamceng, best friend iaitu Nur Hayati Abdul Rahman. Bercinta boleh tahan lama juga dekat 7 tahun. Kitaorg kawin umur muda juga 23 dan yati 21. Masa tu baru nak sambung Bachelor kat UiTM Shah Alam. Segalanya berjalan dengan sempurna, sekarang dah ada 4 orang anak, Adi Imran (10), Nur Irdina (7), Nur Daliya (6) dan Adi Darwish (4). Ini kali ke 3 kami menyambut anniversary di Australia.Syukur Alhamdullilah.

Wednesday, November 18, 2009

Gold Coast Hari ini: 18 November 2009




Hari nie nak kongsi pasal 'Schoolies Festival' yg akan start Sabtu nie. Nie front page Gold Coast Bulletin hari ni. Aku sure korang yg tak pernah dok kat OZ mesti tanya apa ke jadah festival nie kan. Okey dipendekkan cerita 'Schoolies Festival' nie utk budak2 yg baru saja grad Year 10. Kira macam abis SPM lah, diorg diberi lesen oleh mak bapak diorg untuk merayakan kejayaan diorg nie (boleh ke dikira kejayaan?..erm macam belum apa2 pun lagi). Budak2 nie datang dari seluruh pelusuk Australia dan akan berkampung di Surfers Paradise. Perayaan ini lebih kurang seminggu, seramai 30 ribu lebih budak2 yg kononya baru lepas kategori budak2 hingusan ini akan berparty, party, party sesuka hati diorg. Festival ini juga seolah-olah memberi lesen utk diorg untuk minum alkohol, todi, arak, dan sebagainya, dan ramai juga yang ber'project', project dan project!!..untuk kali pertama atau untuk kesekian kalinya... Setiap malam ada concert, pesta tari menari di tepi pantai..ha sendiri mau ingatlah macamana rupanya festival ni.

Aku dah banyak kali experience festival nie..rasanya kali ke 4 kot kalau campur aku dok sini tahun 2002 dulu. Oleh kerana aku kerja kat restaurant area Surfers paradise, nak tak nak kena masuk jugaklah kawasan nie,...kalau tak..memang tak hingin aku...sesak nafas heheheh. Suasana bila masuk aje Surfers Paradise time nie aku boleh gambarkan macam kat zoo, budak2 nie bergayut, menjerit, melolong (sambil bergedik mencari pasangan,,...hehehe) dari seluruh bangunan-bangunan, hotel- hotel dan apartment yg diorg duduk. Fuh...kalau korang nak tengok budak2 tertidur kat longkang, ber'project kat pantai dan macam2 gelagat lagi..mailah datang Gold Coast time nie..

Tapi aku puji jugak city council diorg ni. Nak batalkan festival nie , memang susahlah..nanti budak2 nie memberontak (yelah mak bapak diaorg dulu pun join festival nie), ianya dah seakan tradisi lepas habis sekolah. Jadi government buat macam2 langkah keselamatan macam budak2 kena pakai tag nama, kalau takde tak boleh masuk kawasan concert, ada volunteer jaga diorg takut2 teridor bawah kereta, memastikan tidak digangu golongan 'toolies' (geng2 yg lepas kategori umur yg sentiasa mencari mangsa) heheheh..atau ada pasangan yg tertidor sampai siang kat pantai akibat penat ber'canda'.Kalau ikutkan macam-macam kes berlaku kat surfers Paradise time nie, ada yg jatuh mati dari apartment pun ada...agaknya terlalu leka bergedik!

Itulah saja cerita aku pasal Schoolies Festival' yang akan berlangsung minggu nie...kalau ada cerita menarik tentang budak2 ni nanti aku kongsi...

cuaca hari nie nampak cerah....mudah-mudahan tak panas sangatlah hari nie. Amin

Ps/ Selamat datang ke zoo manusia Surfers Paradise!

Tuesday, November 17, 2009

45C semalam




ha nie dia news kat Gold Coast Bulletin hari nie. Ingatkan nak dekat 40C rupanya dah sampai 45C pun, patutlah panas giler. Nasib baik hari nie mendung, alhamdullilah...tapi kena jaga2 weekend nie katanya temp naik balik...waaaaa...masuk peti aislah!

Cuaca terkini Gold Coast

hello mat2 dan minah periuk semua...

fuh semalam panas giler...giler2 punya panas..dah dekat cecah 40C. Panas kat Oz nie lain macam sikit, panas kering tak macam kat mesia panas lembab. Dia punya mengigit tu fuh..Tuhan saja yg tau. Tapi tiba2 petang semalam dari punya panas, dlm masa 15 minit mana punya awan datang aku pun tak tau..terus gelap bumi Gold Coast nie..tup-tup hujan lebat sampai kilat2 sekali...kira light storm lah. Hari nie...langit sedih...mendung pulak...tu lah dia kuasa Tuhan, siapa boleh lawan.... Tapi aku respect Australia punya ramalan cuaca, selalunya memang tepat. Teknologi apa diorg pakai haaa..teknologi bomoh hujan kot hahahah

ck- salam dari Gold Coast

Sunday, November 15, 2009

Dengki Part 2

mak aku kata kalau ada orang mengumpat kat kita....Allah balas pahala kat orang yang diumpat (aku le tu)...fuyooo..kalau macam tu alhamdullilah banyak aku dapat pahala dari bandaraya anggerik heheheh..mudah-mudahan murah lagi rezeki aku, berkat orang yang teraniaya....

Saturday, November 14, 2009

Viagra Dessert - Amacam ada yang berani?




















DUNIA

Cef hasil manisan naik berahi


CEF menunjukkan manisan yang didakwa dapat
menaikkan nafsu seks di Bogota kelmarin.



--------------------------------------------------------------------------------


SEKUMPULAN cef pelatih di Colombia memperkenalkan manisan terbaru daripada campuran buah markisa dan pil viagra yang dijamin dapat menaikkan nafsu berahi orang yang memakannya.

"Kami mendapat idea mengenainya empat bulan lalu selepas diberikan tugasan menghasilkan hidangan berkhasiat untuk golongan warga emas," kata seorang pelatih tersebut, Juan Sebastian Gomez di sini Khamis lalu.

Menurutnya, hidangan pencuci mulut itu telah diuji ke atas dua kumpulan sukarelawan dan kedua-duanya mengalami kesan peningkatan keinginan melakukan hubungan seks.

"Mereka 'dibakar' nafsu berahi selepas memakannya," ujar Gomez.

Tambahnya, manisan itu amat digemari oleh kaum wanita dan mereka akan memakannya secara perlahan-lahan.

"Selepas beberapa minit mereka mula tersenyum dan mengakui keberkesanannya," jelas pelatih itu.

Pencuci mulut itu dihasilkan selepas mendapat nasihat dan panduan beberapa pakar perubatan ekoran viagra merupakan ubat preskripsi doktor.

- AFP

Friday, November 13, 2009

Sikap manusia yg dengki...

Ada satu cerita hari ini...

Ish, angin satu badan lepas baca satu email dari kawan baik. Ingatkan dizaman ekonomi yg tak menentu nie dan di saat orang semua sibuk untuk memperbaiki diri, ekonomi keluarga dan membantu antara satu sama lain masih ada manusia yg dengki tahap gaban. Tapi selalunya mereka nie muka baik giler depan kita tapi belakang macam tut.....

Alangkah baiknya kalau pada satu 'sessi yg penting' tu dibincangkan tentang macamana nak memajukan diri, anak bangsa dan macamana nak menjadi yg terbaik diantara yang terbaik. Bukannya sibuk pasal perihal orang walaupun orang itu jauh beribu kilometer dari bumi Malaysia tu!

Cuba jadi manusia yang hatinya baik dan tidak berprasangka buruk!!! kalau kawan2 dapat peluang, bagi sokongan bukan menghentam mencari jalan menjatuhkan kawan (itupun kalau dia anggap kawanlah). Tindakan mereka seolah mendoakan kegagalan kawan atau kenalan sendiri. kemudian tepuk tangan dan cakap...kan aku dah cakap memang dia tak boleh buat punya!!!Mana boleh buat 2-3 kerja serentak!!

memang diharapkan sangat 'cerdik pandai' aka cendekiawan aka sekolah 'tinggi' nie membaca blog entry hari nie (rasanya memang diorg baca pun!) biasalah senang cari infor untuk menghentam...kebetulan bila sebut pasal cendekiawan nie kan...kalau tugas mengajar anak bangsa nie..apa usaha golongan nie dah buat....bila kali terakhir berada di industri, (boleh ke update latest trend dgn hanya membaca dan menbaca dan membaca, apa usaha untuk menaikkan nama tempat kita bernaung, apa usaha untuk memastikan student tak ternganga bila di indutsri akibat ajaran 'para cendekiawan ini yg dah berlapuk zamannya. kalau setakat gi minum kedai kopi mahal-mahal (francais amerika) dan gi shopping di gedung2 pusat belibelah (yang pastinya bukan terletak di bandar kemaman heheheh), dan bergossip di office boleh ka?...boleh ka?..chit porah!

* minta maaf kerana entry nie tidak berapa sedap bunyinya tapi itulah realitinya.

* entry diatas hanya cebisan hati seseorang, aku hanya menyampaikan...

* nasihat dari aku - cukuplah menjadi pendengki tahap gaban, doakan kejayaan orang lain, gembira jika seseorang mendapat rezeki walaupun diri sendiri tak dapat peluang itu. Cuba fikirkan, Rezeki tyg datang dari Allah dan mungkin rezeki tu bukan untuk dia tapi untuk anak-anak dan keluarga dia...cuba kasi clear sikit hati tu..gi minum mineral water banyak-banyak(dapat air zam-zam lagi bagus)...selawat jangan lupa.

Thursday, November 12, 2009

Ore Malaysia





Terus terang cakap, aku memang tak paham langsung bahasa Tamil walaupun aku ada ramai kawan2 berbangsa India. Kalau setakat 'makan', minum', 1,2 3 tu heheheh..semua org tau. Kalu dulu semua kawan India aku panggil Macha!!! mana mau pegi...hahahah

Aku nie budak Ipoh dimana kaum Cina dan India ratio dia lebih kurang ramai kat bandaraya tu, mungkin melayu kurang sikit kot. So bila Malaysia sibuk2 nak Satu Malaysia nie aku dan kawan2 aku macam geng2 Cator Avenue dan Anderson dah lama dah amalkan Satu Malaysia. Yang diharapkan semua orang pasang niat yg baik, hormati satu sama lain, takde prasangka. InsyaAllah boleh hidup aman damai.

Sekali lagi walaupun aku tak paham bahasa Tamil tapi melodi lagu nie best, visual dia menarik dan ada unsur kejujuran didalam raut muka MK, Atilia dan Celvin masa diorg menyampai suara diaorg. Congrtas to the whole team, great effort, kalau ada kawan2 aku yg paham bahasa Tamil minta translate boleh tak....

ps: apa khabar kawan2 Ipoh ku - Ponampalam, Pathiban, Siva, Vicknes, Alvin Raj, Kevin, Lee Yue San, Jessy Lim, Wong Yang Fong, Tan, Akmal Hisham, Amrul, Haniff, Jehan, Mie Cintan, Amin Kepayang, Nan, Shahrul Kuda, Harris dan lain-lain semua...

Khutbah Jumaat Mesjid Gold Coast

Salam semua mat2 & minah periuk

Alhamdullilah, baru balik solat jumaat kat Mesjid Gold Coast. Hari ni Imam Imraan lambat sikit start pasal ada emergency. Boleh buat lawak sekejap pasal semua org mengelabah pasal imam hilang heheheh..selamba aje

anyway, khutbah hari nie simpla aje: Investment Dunia vs Investment Akhirat. In general kata beliau kita semua nie punyalah hebat mencari jalan untuk invest demi mendapatkan keuntungan duniawi, gi belajar tinggi2 utk dapat gaji besar2, rumah besar2, kereta besar2, bini besar2 (hehehe..yg bini besar nie aku yg tambah) tapi end of the day utk investment akhirat yg bagi keuntungan lagi BESAR, apa yg kita dah buat? (ermmmmm....aku pun termasuk lah kategori nie) kalau setakat derma sikit2 hari Jumaat tu apalah sangat ...kata dia persatuan2 lain macam persatuan christian kat Australia nie semua org diaorg tolong tak kiralah org christian ke, african ke, muslim ke...tapi persatuan Muslim..aisey...belum cukup kuat utk support rakan seagama sendiri....macamana nak tolong org lain.(betul jugak!)

simple aje khutbah hari nie,...tapi tajam menikam...heheheh
"sendiri makan pengat...sendiri mau ingat!"

Wednesday, November 11, 2009

Main gitar pakai kebaya

salam semua mat2 dan minah2 periuk

aku baru lepas baca utusan online, macam biasa Malaysia dgn cerita politik dan jenayah yang tak sudah-sudah. Boring dan menyemakkan kepala otak aku yg sedia semak dgn dateline comfirmation seminar yg dah tak lama lagi. Untuk meredakan keserabutan, aku pun click kat bahagian hiburan (dgn harapan takde lah cerita artis kawin, cerai berai segala). Ermmm not bad hari nie kurang sikit cerita2 sensasi yg yang tak membantu ekonomi Teluk Intan barat tu.

Ada satu tajuk agak menarik "Tinggalkan Sekolah demi Gitar" tulisan Raja Intan Dianna. Baca punya baca rupanya cerita tentang sorang budak pompuan + namanya Anna Raffali + main gitar + pakai baju kebaya + baju kurung + graduate UiTM (TESL)+ buat album indie + jamming ngan andy flop poppy + aditit alfian + etc. Wah boleh tahan jugak minah nie..aku masuk website dia..cantik & menarik (website dia lah!...tapi budak nie pun category 'sedap mata memandang' jugak)..tumbs up.

Dia nie anak didik aidit alfian(aidit jumpa dia kat youtube) sekali lagi cerita menarik angkara youtube. Sekarang nie kalau nak jadi artis atau nak join mainstream tak payah dah nak beratur panjang2 masuk AF atau OIAM, ambik gitar , main sorang2, pasang cam, record dan pancarkan ke youtube, ada rezeki recording company dari Somalia dan Liga Arab pun mungkin berminat heheheeh (dunia tanpa sempadan)

kalu korang nak tengok website dia nie alamatnya http://www.anaraffali.com/ Support sikit budak2 baru nie...cukuplah otai2 yg dah kaya raya milioniar. Aku suka minah nie pasal dia belajar sungguh2 sampai masuk u, graduate (penting tu), belajar gitar lambat (umur 19 baru nak main gitar) tapi berani buat album, muka selamba, budak uitm (heheheh bias) dan yg penting claim dia nie 'melayu tulen' hehehehe, korang tahu tak kenapa aku gelak sebab dah jadi trend sekarang kalau artis tu bila wartawan tanya latarbelakang keluarga dia akan jawab dia nie orang melayu tapi darah campuran arab + portugis + jawa + siam + bugis + amerika + cina + kedazan + irish + australia + parsi segala....APA KES!!!..malu mengaku melayu ka?... Dia nie pun macam minah sorang lagi nama Luna (budak UiTm jugak...memang pandai2 le budak uitm nie hahahah bias sekali lagi) tapi pendapat aku dia nie lebih 'jujur' dlm menyampaikan suara....

so itu aje...gi lah tengok web dia kalau rajin lah...kalau tak rajin suka hati korang lah.internet korang...nie kat bawah aku 'tampal poster' video clip minah nie (sedap ke tidak...ikut selera masing2 lah...) pergh korang tgh le dia plucking....macam tak percaya baru few years belajar main gitar....wa caya lu beb!


Tuesday, November 10, 2009

Aku bakal bergelar kolumnis......

Pegh..rasa macam tak percaya, pucuk dicita ulam mendatang. Dah lama sangat dah nak ada kolum sendiri, tak kisah lah kat paper ke kat majalah ke. Sebelum nie mamang dah pernah ada kolum sendiri di majalah SAJI tapi kolum tu lebih kepada soal jawab tentang masakan dan yang sewaktu dengannya.

Tawaran yang baru terima semalam dari kak Yati (Editor Kumpulan Karangkraf) memang tidak sangka-sangka. Akhirnya cempedak jadi nangka hahahaah! Insyaallah kalau tidak ada aral melintang, edisi pertama bakal terbit Januari 2010. Tahun baru, azam baru kolum baru....syukur alhamdullilah walaupun jauh beribu batu dari tanahair ada juga orang yang masih ingat.

Ingat lagi masa mula-mula dapat tawaran scholarship dari uitm utk sambung study kat Oz nie, bercampur baur juga perasaan masa tu...disaat tawaran hosting TV datang mencurah-curah, mana satu nak buat...nak concentrate dgn dunia TV atau teruskan perjuangan sebagai pendidik bangsa. Satu hari tu masa mengajar kat kelas, aku tengok muka student2 satu persatu...kesian pun..bangga pun ada....teringat pulak semasa aku ditempat mereka dulu..kalaulah UiTM ni tak wujud, mana lah aku nak pergi...apa lah nasibku...tanpa UiTM..apalah nasib bangsaku...banyak jasa UiTM kat aku nie...

terus terfikir pulak, rezeki dapat tawaran sambung PhD nie bukan senang nak dapat..ada beribu-ribu orang apply tapi rezeki dapat pada yang terpilih sahaja. Kalau ada rezeki benda2 TV nie lepas balik PhD pun boleh buat. Tapi entah macamana alhamdullilah dekat setahun lebih dok oversea, tawaran masih datang. setakat setahun ni saja dah 5 tawaran TV yang datang...Akademi 1001 Rasa Babas, Diet @ Ramadhan, Resipi Ekspedisi, Os beraya di OZ dan Inspirasi Koko. Sekarang dapat pulak tawaran menjadi kolumnis majalah masakan terkenal di Malaysia. Siapa sangka kan...syukur-Alhamdullilah.

Jadi betullah cakap orang kalau rezeki tu memang dah tertulis...lantak lah dok kat ceruk mana pun memang dia datang cari sendiri....yang penting hati kena baik, niat kena ikhlas dan iman kena kuat. Insya-Allah.

Monday, November 9, 2009

Chef Jantan vs Homo!!!!

pergh lain macam tajuk entry nie kan

kepada yg tak listkan aku dlm FB friend korang... memang korang rugi sebabnya korang terlepas satu perbincangan panas semalam, Lebih dari 50 comment kat halaman rumah FB aku yg tak berbunga tu, dan setakat ini jumlahnya terus meningkat. Kalau banyak sangat nanti aku delete aje...kang tak pasal2 jadi kontroversi. Diskusi yg tak akan membantu menaikkan ekonomi Malaysia hatta ekonomi Somalia sekalipun ini tercetus bila salah seorang member FB aku bertanya secara sulit (dia pvt msg aku le) bertanya soalan.. apa pendapat aku bila dia cakap chef-chef laki nie kebanyakkanya homo. Pergh... terbakar jugaklah kejap (tapi taklah sekejap sangat). Oleh kerana kebanyakkan friend FB aku terdiri dari mat-mat periuk (panggilan manja utk chef) dan ramai diantaranya (bukan semua, aku terpaksa mengakuinya)jantan sejati maka bertalu-talu comment melempiaskan ketidakpuashatian mereka terhadap statement yg mencabar ke'jantan'an seorang mat periuk. Aku tak salahkan member aku bertanya soalan tu...itu persoalan dia...mungkin ada hikmah disebalik kenyataan dan persoalan yg dia keluarkan. Lagipun bukan dia org pertama mengeluarkan statement nie..dah lama dah aku dengar.

Tak kurang juga comment2 dtg dari minah2 periuk dan juga tukang basuh2 periuk. Ada yg setuju ada yg tak...macam2 ada...masing2 memberi pendapat mereka yg sekali lagi terpaksa aku sebutkan tak akan membantu ekonomi Malaysia mahupun Tapah Timur sekalipun. Tapi apa ada hal...suka hatilah, pendapat masing-masing kan. Tapi aku sebagai mat periuk dan jantan sejati dengan ini membantah sekeras-kerasnya golongan chef dilabel sebagai homo!!!!!.

aku rasa kita mat-mat periuk semua kena buat petisyen, buat perarakan 'raksasa', demonstrasi jalanan untuk membantah statement ini. walaupun pada akhirnya, aku amat pasti tindakan mengarut kita ini pastinya tidak akan membantu ekonomi Malaysia hatta Semenanjung Kg Manjoi sekalipun!!!!. Sekian...

Yang lama dilupa jangan....

Semua sedia maklum,...aku dah ada website rasmi. Alhamdullilah sambutan selepas beberapa minggu dipancarkan sangat memuaskan. Tapi rasa sayang pada blog lama ini masih menebal.Sebab tulah aku baru je habis mengmake-upkan blog lama ini agar tidak berhabuk dan diziarahi sang labah-labah apatah lagi redback spider yg terkenal di Australia nie. heheheh.

Bagi yg buta IT macam aku nie, dah kira hebat jugaklah ada website sendiri ada blog, apa lagi nak. Aku rasa aku sekarang dah capai level rabun IT, Insyaalah kalau rajin belajar lagi dan lagi tak mustahil aku bakal celik IT. Kepandaian IT bagi aku bukanlah macam boleh bukak email, baca paper online, download lagu, download movie, youtube dan sebagainya. Aku maksudkan sekurang-kurangnya satu hari nanti aku paham bahasa komputer HTML dan lain-lain lagi. Aku yakin boleh. Tapi memang dari dulu sifat aku memang macam nie, aku bukannya dilahirkan sebagai seorang yang cerdik pandai tapi sifat ingin belajar yg ada dalam diri ini memang bukan calang-calang jugak orang boleh cabar aku. Bukan mendabik dada, kalau tak masakan budak sekolah anderson yg pangkat 2 SPM (nasib-nasib je tu), bermula hanya sijil di ITM, ditawar secara automatik ke peringkat Diploma (menjadi pelajar terbaik pula), mendapat tawaran ke Degree (dan ditawarkan pakej pensyarah muda sebelum tamat pengajian) menyambung master di Australia (mendapat beberapa matapelajaran distinction) dan kini sedang mengayuh bahtera, merentas belantara, mencabar minda mendaki puncak bergelar Gunung PhD. Insyaallah daya juang aku memang tak pernah luntur...aku ku serang segala rintangan yang menghalang. Insyallah.

Apapun tujuan entry aku ini ialah nak bagitau korang, walaupun banyak benda lebih 'happening' di www.chefkamarul.net tapi di blog ini juga ada ceritanya yang tersendiri.....

Friday, November 6, 2009

Pepperoni Lasagna

Ramai yang suka makan lasagna tapi tak sure nak buat macamana kan?. kalau yg dok kat oversea lagi susah pasal susah nak cari yg halal. Ikutkan memang remeh nak buat lasagna nie sebab kena buat dua sauce iaitu meat sauce dan bechamel sauce, tapi saya dah simplified dgn menukar bechamel dgn cheese sauce yg lagi senang dan sedap plus the easiest way to prepare meat sauce atau bolognaise sauce. Kalau bagi resipi kadang2 susah nak faham, style lama heheheh...saya bagi yg senang lagi, just watch the video clip, ....enjoy kawan2 semua.

Thursday, October 15, 2009

Pengumuman website official Chef Kamarul

Pengumuman yang telah dijanjikan ialah....mulai hari ini blog nie akan bertukar menjadi blog harian saya manakala website official http://www.chefkamarul.net/ akan bertumpu pada aktiviti-aktiviti rasmi saya.

Wednesday, October 14, 2009

PENGUMUMAN PENTING!!

Salam rakan2 semua,

Satu pengumuman penting dari saya akan disampaikan dalam masa 1/2 jam dari sekarang. Tunggu......

Tuesday, October 13, 2009

susah tak buat PhD?



Ada ramai tanya saya..soalan cepuemas nie... "susah tak buat PhD?". Sebenarnya susah jugak nak jawab tapi dalam masa yg sama senang jugak nak jawab. Jawapan senang saya - kalau rajin tapi tak pandai, insyaallah boleh dapat PhD tu...Jawapan susah saya pulak - kalau tak rajin tapi pandai pun , insyaalah boleh dapat jugak.

Ibarat bawak keretalah...ingat tak first time bawak kereta dulu, punya lah susah nak adjust kaki kiri dgn kaki kanan..mana satu brek?, mana satu clutch? mana satu pulak nak tekan minyak?..silap tertekan minyak - terbabas....sakitlah ..jawapannya...tersilap tertekan brek - maknanya brek mengejut kepala terhantuk..sakit jugak..tapi kalau tersilap tekan clutch - enjin mati..akibatnya sakit jugak sebab tak boleh pegi mana2..stuck kat situ aje...pada masa yang sama tangan kita kena selari dgn kaki..timing kena tepat..mata kena focus....otak kena jalan....ermmm....susah jugak belajar bawak kereta kan kalau kita kena pikir semua nie..

so okey...sekarang dah lepas level belajar2 ni...kita pun dah pandai bawak kereta....dan dah dapat lesen...agak2 dah settle ke?...tidak jugak..bila bawak kereta...kena jugak tengok signboard..kona kiri ke?..kona kanan ke?...nak masuk highway ke? .atau nak masuk jalan federal ke?..nak jalan jauh takde toll..atau jalan dekat kena bayar toll. Maknanya walaupun dah pandai masih jugak kena tengok benda2 dan faktor2 lain pula...pada masa yang sama kena tau ada jalan baru ke..jalan ditutup ke...jalan tengah repair dan sebagainya...

tapi dizaman sekarang 'budak2' dah ada pilihan...nak belajar bawak kereta manual atau pilih kereta automatik ....kaki masih dipakai...tangan masih dipakai....kepala otak masih juga dipakai....... tak tau jalan takpe, jangan risau GPS dah ada...lagipun dah berjuta2 orang ada lesen kereta dalam dunia nie dan ramai jugak yg pandai bawak kereta tapi takde lesen....tapi adakah persoalan ini berakhir disini saja..tidak jugak..sebab peraturan jalanraya kena ikut sebab pak polis dan kamera ada dimerata-rata melihat perangai anda. Namun yang paling penting bila bawak kereta ini....walaupun kita dah pandai bawak, ikut peraturan, sentiasa elert dgn perkembangan semasa dan sebagainya tapi satu benda yang semua WAJIB tau iaitu...'MINYAK' kereta kita cukup tak?....jadi antara lesen vs MINYAK, yang mana penting? maka itulah jawapan persoalan terhadap persoalan diatas.."susah tak buat PhD?" - chef kamarul

Wednesday, October 7, 2009

Sidang Media Inspirasi Koko Musim ke 4










Episod pertama Inspirasi Koko Musim ke 4 telah bermula siarannya Ahad lepas di saluran RTM (13 episod). Sidang media utk program nie pun telah diadakan di Menara KL baru2 nie. Saya shooting masa saya balik Malaysia bulan Jun lepas. So cerita pasal program ni dan sidang media ada dikeluarkan di berita harian, tapi ciput ajelah pasal yg lebih menarik cerita hostnya iaitu Serina yg dalam persiapan nak kahwin. biasalah..."selebriti". Anyway Serina, tenangkan diri, rilek....Insya-Allah semua akan okey... biasalah... bakal "pengantin". Tahniah dari abg sekeluarga. Beritanya ada di bawah nie ha:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Hip/20091008073159/Article
JANGAN LUPA SAKSIKAN INSPIRASI KOKO 4, SETIAP AHAD, 11 PAGI DI TV2. & SERTAI KUIZ UTK PELUANG MEMENAGI WANG TUNAI & BUKU TERBARU SAYA "DAPUR XPRESS"...biasalah...

Tuesday, October 6, 2009

Gourmet Homemade Pizza




Resipi Pizza "the best in the world"....

Dough:
tepung gandum 2 cawan
garam - 1/2 tsp
minyak zaitun - 2 tbsp
yeast kering - 7 gm (1 paket)
air suam - 3/4 cawan
gula perang - 1 tbsp
* extra tepung utk dusting

Method:
  1. campur air + gula + yeast ( biar 5 minit)
  2. tepung + garam + minyak zaitun (bekas besar), gaul rata dan buat lubang di tengah
  3. masukkan campuran air & yeast - kacau gunakan fork sehingga agak sebati kemudian gunakan tanggan dan uli 5 minit sehingga dough agak licin
  4. biarkan naik 15-20 min, tumbuk bagi angin keluar, canai nipis dan sapukan sauce + taburkan topping + cheese . Bakar suhu 200C, 10-15 minit
Pasta sauce:
Tomato tin (whole tomato in tomato puree/juice)
Basil/oregano (fresh or dried)
bawang putih 2 ulas (chopped)
Garam + lada putih (1/2 tsp each)

Method:
  1. panaskan tomato dan hancurkan dgn fork, masukkan bahan-bahan lain
  2. biarkan sehingga sos pekat atas api sederhana atau kecil

* kalau nak xpress - beli aje sos tomato pasta dalam botol tu...macam Dolmio, Prego dan yg lain2..seriously xpress!

Topping:
suka hati nak letak apa, suggestion: salami, peperoni, roasted chicken, mushrom , capsicum, tomato, onion, etc
mozarella cheese (the best buffolo cheese....)

* Chef Kamarul's tips
  • kalau dapat bakar atas pizza stone... memang best giler (macam saya buat dlm gambar tu)
  • the best pizza mesti nipis dan garing
  • jangan letak topping over sangat..ala kadar aje..kalau banyak, pizza jadi lembab dan tak garing
  • kalau nak letak ayam atau daging, make sure dah dimasak dulu (roasted, etc) bukan mentah nanti pizza jadi berair...(oh tidak!)
  • kalau rajin, buat banyak dough dan simpan dlm freeze, boleh guna dgn cepat in future.
  • makan masa panas2....kalau makan ramai2 lagi best sebab mesti tak cukup hahahaha

Sunday, October 4, 2009

Makanan Pelik Malaysia

3-4 hari lepas ketika membawa anak sulung saya gunting rambut di Gold Coast nie. Sembang2 dgn tukang gunting rambut tu dan dia excited giler bila saya bagi tau saya datang dari Malaysia. The first thing that pop from her mouth about Malaysia was the food. Dekat 2 jam (sementera tunggu que)cerita pasal Malaysian food aje, first katanya murah giler, second sedap giler, third katanya 'pelik giler' heheheheh..yelah bagi dia ada banyak makanan pelik dia jumpa kat Malaysia yg dia belum pernah jumpa sebelum ini.....bagi kita biasa aje..saya pun cerita pasal nama-nama makanan pelik yang ada kat Malaysia macam " taik itik", 'badak berendam", "puteri mandi"...bergulung jugak lidah saya nak translate nama makanan tu supaya bunyinya tak lah "pelik" sangat hahahahah....walaupun akhirnya satu kedai gunting tu gelak nama2 makanan tu....hahahaha

Kalau sesapa ada nama2 makanan "pelik" berasal dari Malaysia, tolong bagitau saya ..nanti senang saya nak 'update' kat tukang gunting rambut tu lagi....

Friday, October 2, 2009

Makan Tapi Diet - RTM

Ha nie gambar-gambar semasa shooting "Makan tapi Diet" untuk siaran RTM. Program nie co-host bersama Kak Tin (Kartina Aziz) dan Lydia Ibtisam. Baru je dapat gambar nie dari org kuat saya Chef Reza. Shooting nie kitaorg buat kat Cherating. Tak salah dah keluar kat RTM dah tapi macam biasalah ada lah ulang tayang dia nanti. Best shooting dgn Kak Tin dan Lydia sebab diorg dua org nie super talented. Saya plak tak pernah berlakon, sekali dalam program nie ada drama2 plak...nasib baik diorg banyak bagi tunjuk ajar...terima kasih daun keladi. Terima kasih juga pada production house FKN especially Intan yang sangat sporting, tak lupa semua warga kerja dan team management FKN dan staff2 hotel di Cherating. Insyallah ada rezeki kita shooting lagi....








Wednesday, September 30, 2009

Resipi Burger 'Sihat"

Anda telah termenung dan berfikir persoalan entry sebelum nie?. Rasanya tak payah lama2 fikirlah, jawapannya memang mudah, diorg tu berniaga, burger pulak adalah antara makanan paling murah didunia (kalau mahal org tak belilah!...kecuali Carls Jr. Burger, ada sesapa pernah rasa tak?) tak mungkin diorg menggunakan daging gred tinggi ...mana nak untung ye tak?
Jadi ukt membantu anda mendapatkan burger yg sihat & berkhasiat, the only way is buat sendiri lah!!! so disini saya bagi satu resipi mudah....tapi satu syarat untuk mendapat burger yang 'sihat' dan berkhasiat ialah burger tu mestilah menggunakan daging yang elok bukan yang ada banyak lemak..belilah daging yang berkualiti dan kisar atau cicang sendiri ye...resipinya seperti dibawah:


Resipi: Burger Homemade ‘sihat'
Portion :
Masa penyediaan: 25 minit

Bahan-bahan
Daging cincang (grade yg baik) 400 gm
Bawang merah (dicincang) 2 sudu besar
Lobak merah (dicincang)1 sudu besar
Herba campuran ½ sudu kecil
Telur 1 biji
Serbuk roti 1 sudu besar
Garam½ sudu kecil
Lada putih ½ sudu kecil
Roti burger 6 ketul
Daun salad 6 keping
Gherkin 6 hirisan
Tomato 6 hirisan
Mayonis 1 sudu besar
Mentega 1 sudu kecil
Sampingan: sos cili atau sos tomato

Cara-cara penyediaan
1. Ambil mangkuk yang agak besar dan masukkan daging, bawang merah, lobal merah, herba campuran, telur, serbuk roti, garam dan la lada putih
2. Gaul sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian. Buatkan bulat dan bentukkan seperti burger.
3. Susun didalam pinggan dan letakkan didalam peti ais selama 10 minit supaya lebih pejal.
4. Panaskan kuali leper (masukkan sedikit minyak atau mentega jika suka).
5. Masak daging burger pada kedua-dua bhgn (semasa memasak jgn tekan burger sebab nanti jus keluar dan akan end-up dgn burger yg dry..hampeh!)
6. Potong dua roti (toastkan jika suka) sapukan dengan mayonis dan mentega pada kedua-dua bahagian.
7. Susun roti diikuti daun salad timun, daging burger, tomato dan bahagian atas roti.
8. Sedia untuk dihidang bersama sos cili atau sos tomato

Senang aje kan....jika suka boleh masukkan lain2 sayuran yg dicincang seperti celery, leeks dll...anak2 kecil mesti tak perasan...diorg makan aje..
lagi satu..tipsnya buat banyak2 simpankan dalam freeze, wrap satu persatukan guna plastic wrap. Lepas nie burger yg jual kat kedai tu dah tak berapa sedap rasanya..InsyaAllah

burger beli vs burger buat sendiri


Siapalah yang didalam dunia nie yang tak pernah dengar, tengok atau makan burger?. Dari budak umur 3 tahun sampai atuk umur hujung2... tu pun tau apa itu burger. Tapi berapa ramai yang tahu sejarah burger? Oleh kerana saya memang berminat tentang food culture, history & sebagainya, maka saya kongsi sikit maklumat yg telah dikumpulkan:

Sejarah burger dikatakan bermula seawal 1210 pada zaman Gengkis Khan menakluk dunia. Pada zaman tu askar2 khan banyak bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan banyak juga bertempur di kawasan2 pergunungan. Maka mereka mencari satu alternatif makanan yang boleh membekal tenaga pada askar2 ini pada masa yang sama cepat, ringkas dan mudah untuk dimakan. Maka mereka pun membuat ketulan2 beef patties dari sumber lebihan seperti lamb & mutton dan meletakkan di saddle mereka (mentah tau). Bila mereka berperang, daging di biarkan disitu dan secara automotik tenderizing proses terjadi, lepas aje habis diorg berperang (kalau hidup lagilah), maka mereka ambil je daging tu teruslah dimakan..itu cerita pertama pasal burger

Kemudian sejarah bersambung pula dimana mereka sampai ke Russia (tapi zaman nie cucu dia pulak yang berperang iaitu Kubilai Khan) dan kemudian rakyat Russia telah mengcedok idea ini dan kononya mencipta hidangan mereka sendiri iaitu steak tartar dgn menambah telur dan bawang cincang (ada sesapa pernah makan tak?) sekali lagi tak dimasak hidangan ini...

Selepas itu pada tahun 1600, masa tu zaman kapal-kapal berdagang maka sampai kapal-kapal dari german ke Moscow dan mereka pun mengambil hidangan ini balik ke German, diorg ubah lagi..tapi org German lebih kreatif maka terciptalah macam burger versi Hamburg (mengambil nama port yg paling terkenal pada masa itu), maka terciptalah Hamburg Burger. Burger ini telah ditambah lagi dengan bahan-bahan lain seperti serbuk roti, rempah ratus dan sebagainya. Bezanya kali ini burger ini dimasak!

Apabila tiba ke kurun ke 18 dan 19, ramai immigant dari German telah berhijrah ke Amerika, oleh kerana pada masa itu kehidupan mereka susah maka mereka mengambil lebihan2 daging gred paling rendah dan murah dan mereka membuat burger versi hamburg dgn meletak lebih banyak herba dan spices utk menjadikan daging itu boleh dimakan (untuk hilangkan bau dan sebagainya). Sekarang ini org German mengelar hamburg Burger ini ' Frikadelle'.

Namun dipercayai org Amerika lah yang meletakkan dua keping roti diantara daging tadi dan mereka pula mengakui bahawa burger itu adalah ciptaan Amerika. Sekaligus restoran2 burger milik mereka telah berselerakan di seluruh dunia masakini.

Itulah sejarah ringkas burger yang boleh disimpulkan. Namun persoalannya ialah berapa 'sihat' kah burger yg dijual? kerana kita tahu pada sejarahnya daging burger dibuat dari lebihan daging pada gred paling rendah dan murah. Adakah burger yg dijual di pasaran ini menggunakan daging gred yang tinggi?...cuba termenung dan fikir sekejap..

Sunday, September 27, 2009

Standard Rancangan Masakan di TV Malaysia?


Tadi tengah pening2 kepala baca journal (ish tak settle2 lagi bab methodology nie...bila lah nak boleh finalise....) saya pun rehat otak kejap... terbukak plak web berita harian...tiba2 sampai ke web bintang popular, terbaca pulak article bertajuk: "Program Masakan Sheila Tangkap Muat".

http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/JelingKakPora/20090927105041/Article/index_html
Sejak berada di luar Malaysia, tiadalah berkesempatan saya nak tengok rancangan2 masakan di TV Malaysia,..ada beberapa program yang saya sendiri host pun tak sempat lagi nak tengok, harap2 ada kawan2 produser poskan cd kat saya ye (heheheh)

Ok, berbalik pada article tu, selepas dibaca... kesimpulannya wartawan tu bukanlah komen program yg Kak Sheila buat, cuma komen pasal keseluruhan program masakan di TV Malaysia. Topik nie memang best, saya sejak dulu ada pendapat saya sendiri...dan saya pasti para penonton juga ada pendapat sendiri. Kebanyakkan program masakan di Malaysia masih pada 'style lama' atau 'old school', maksudnya masih lagi dgn cara menyusun bahan2 didalam mangkuk, lepas tu kena ceritakan bahan2 satu persatu..kadang2 dah habis separuh masa tu tunjuk bahan aje...saya rasa sudah tiba masa kita ubah cara tradisi nie. kalaulah kita boleh buat survey (bagus jugak kalau ada org nak buat), berapa peratus yang menonton rancangan masakan tu yang betul2 menyalin resipi dan kemudian buat exactly 100% macam mana chef tu buat, kan ke bagus. Penonton sekarang tengok rancangan masakan hanya sebagai salah satu cara berhibur, macam tengok AF atau Idol...bukannya nak belajar menyanyi pun, hanya sekadar hiburan!!...saya rasa kita kena ubah ikut peredaran zaman dan masa...

Malaysia perlukan rancangan masakan yang lebih berilmu dan memberi impak positif pada masyarakat..contohnya macamana Jamie Oliver buat untuk mengubah diet makan kanak2 sekolah, macamana Gordon Ramsay buat untuk membantu para pengusaha restoran kecil dan bagaimana MasterChef buat untuk melatih tukang masak amatur....itu pendapat sayalah..
Walaubagaimanpun saya tahu ada juga yang betul2 minat dan mencuba resipi yg chef berikan di kaca TV tu...cuma peratusannya kecil. Lagi satu kalau dah terlampau lama menerangkan pasal bahan, cukupke masa nak menerangkan bagaimana hidangan itu disediakan...itu belum masuk chef atau tukang masak tu mengomel entah apa-apa...takde kena mengena pasal masakan pun ada !! (average hanya 22 minit utk siaran 1/2 jam) Mungkin menggunakan cara memberi resipi pada website atau majalah lebih efisen. Again, pendapat saya je tu...
* Syabas pada Kak Pora yang suka menonton rancangan masakan Malaysia.

Saturday, September 26, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI SAYA SEKELUARGA DI AUSTRALIA











Salam Aidilfitri,
Kita masih lagi di bulan Syawal, maka rasanya tak terlambat saya dan keluarga (Yati, Imran, Dina, Daliya & Darwish) mengucapkan "Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin" kepada semua umat Islam tak kira dimana anda berada. Tahun nie masuk tahun ke2 saya dan keluarga beraya di perantauan. Insya-Allah kalau semua semua berjalan lancar, saya akan balik ke tanahair pada tahun 2011.

Cara kami beraya disini lain sikitlah dari cara di Malaysia. Selesai sembahyang Raya di mesjid Gold Coast, kami ada makan2 di mesjid yang disediakan dari sumbangan para dermawan di sekitar Gold Coast dan Brisbane. Tapi jangan haraplah ada ketupat rendang..hahahah, yang ada pizza, cheese cake, danish pastry, baklava dan lain-lain lagilah...banyak sangat nak list.Selesai upacara di Mesjid, para pelajar dan beberapa keluarga Malaysia disini akan berkumpul di rumah saya. Semua bawak juadah istimewa hari raya masing2, pergh...makanan punya banyak sampai melimpah meja..siap ada BBQ lagi...Kitaorang lepak sampai petang...hehehe sampai dah gelap baru semua balik rumah, bukan apa nanti kalau balik rumah cepat2, terasa sunyi pulak, baik lepak ramai-ramai...hilang sikit syahdu pada keluarga di Malaysia.

Kalau nak tengok suasana raya kami disini jangan lupa tengok " Oz beraya di OZ" di web TV9 ye...

Friday, September 25, 2009

OS BERAYA DI OZ




Kalau sesiapa perasan pada raya ke3 , ada rancangan bertajuk "Os beraya di OZ". Buat pertama kali saya berlakon drama, terima kasih pada Abg Os yang sudi menurunkan ilmu lawak dia, kelakar juga bila producer approach saya untuk berlakon for the first time. Macam tak percaya, tapi oleh kerana dapat berlakon dgn Abg Os yang fofular tu, saya cakap ok teruss...Walaupun saya ada sikit2 pengalaman buat hosting program, berlakon full program drama nie tak pernah lagi...saya hantam sajalah!
Tapi kalau berlakon sikit2 tu adalah, macam dalam program "Makan Tapi Diet" RTM1 dan Ala Carte, NTV7..sebab ada sketsa pada permulaan dan ending program, terima kasih juga pada kak Kartina Aziz dan adik Lydia Ibtisam sebab training saya cow cow masa kat Cherating dulu....

Pada yang belum tengok tu...jangan risau, boleh view kat web TV9. Kalau nak tahu macamana kami warga perantau beraya di Gold Coast kena tengoklah!...dah tengok komen lah lakonan saya..keras ke..hancus ke...hahahaha..tak kisahlah..saya tak amik hati punya. Saya nie tukang masak bukan pelakon...heheheh

Blog baru bangun tidur!

wah, cuba tengok the last entry blog nie!..dah lebih dari 2 tahun!!!! hahahahah, macam2 dah jadi, macam2 dah berubah. Saya sekarang pun dah tak ada di Malaysia lagi! tengah berkelana mencari ilmu di bumi Kanggaroo. Lepas nie saya akan 'cuba' rajin2 kan jari jemari nie meng'update'kan blog yang dah lama tidur nie......Insya-Allah