Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Thursday, December 6, 2012

Salam semua, Alhamdullilah, mat periuk terima jemputan untuk 'main masak2' sempena Exspo Aspirasi Sihat di Johor hujung minggu nie. Kepada yang ada berdekatan arae tersebut ataupun yg jauh tapi sanggup nak datang dialu-alukan ye. Slot saya seperti diberitahu penganjur ialah 2.30 petang hari Sabtu dan Ahad manakala pada malam hari sabtu itu juga saya dilantik menjadi salah seorang panel untuk forum mebincangkan tentang makana sihat. insyallah boleh saya berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman... plannya selepas je habis kerja di UiTM penang hari Jumaat tu terus drive ke pontian, entahlah pukul berapa nak sampai tapi takpe sebab slot saya petang so boleh rehat sikit dan beli barang mentah untuk demo di area Pontian pagi esoknya. Hari Ahad habis je slot demo terus balik ke Penang sebab pagi isnin tu kerja, yg penting kena stop kat mana2 pukul 8.30 malam sebab ada bola malaysia lwn thailand malam ahad tu heheheh itu je update terbaru...doakan perjalanan saya selamat dan kpd semua warga johor dan yg sewaktu dengannya sekali lagi saya jemput ke sana ye.... Dap3! #chef kamarul aka mat periuk

Monday, December 3, 2012

DAH SETAHUN RUPA-RUPANYA...

Salam semua, entahlah masih ada yg masuk ke rumah 'mat periuk' nie, dah lebih setahun ditinggalkan..dah macam2 benda jadi, dah macam2 benda berubah.... rasa tak tahu nak start menulis disini sebab dah lama sangat...apapun mat periuk dah kembali ke tanahair, segalanya sudah lain, kehidupan di gold coast kini tinggal kenangan...kenangan yg terindah.. ok buat permulaan..cukup setakat nie, bila dah ada 'jiwa' baru mat periuk kembali menulis disini..macam cinta pandang pertama, jeling2 dulu...dah lama2 baru lah..baru apa?..sendiri mau ingatle... selamat memasak, jangan lupa beli majalah Saji, ada kolum saya Dap3! mat periuk aka chef kamarul

Wednesday, November 16, 2011

Kolum di Majalah Saji

Salam semua,

Kali ini saya nak berkongsi perkembangan terbaru. Rasanya semua sedia maklum yg saya ada kolum sendiri di Majalah Saji. Mula-mula dulu team Majalah Saji hanya tawarkan 6 bulan utk kolum "Dari Dapur Gold Coast" ini tetapi oleh kerana sambutan yg baik dr pembaca maka disambung sehingga setahun. Baru-baru ini sekali lagi Team Saji contact dan menawarkan saya supaya terus menulis di kolum tersebut. Alhamdullilah, terima kasih banyak2 diucapkan kepada semua yg sudi membaca coretan saya di kotaraya Gold Coast ini.

Walaupun aktiviti seharian saya penuh dgn kerja2 berkaitan penyelidikan di peringkat PhD ini tetapi menulis coretan di Majalah Saji adalah satu peluang yg tak akan saya lepaskan kerana memberi ruang berkongsi cerita dgn rakan2 di Malaysia. Insyallah akan banyak lagi kisah-kisah menarik yg akan mat periuk kongsikan ya....

Alang-alang bercerita pasal perkembangan terbaru saya disini, saya sekarang di peringkat akhir pengajian. Peringkat data analysis telah pun saya lepasi dengan jayanya. Sekarang dan untuk beberapa bulan mendatang ini, saya hanya tumpukan pada thesis writing. Insyallah ada 6 chapter kesemuanya. Bukan senang nak menulis 100 ribu perkataan bila setiap satu patah perkataan wajib memberi makna dan bukan hanya sebagai bunga-bunga mencantik bahasa.

Kini barulah saya betul2 faham bertapa pentingya kualiti penulisan kerana supervisor saya sangat cerewet orangnya...jika satu perkataan itu tidak memberi apa2 makna, waima sebagai penyambung ayat sekalipun, saya kena pastikan ianya tidak wujud di keseluruhan thesis final nanti. Saya juga berkali-kali di pesankan olehnya tentang "the art of writing"! selama ini mat periuk tumpukan perhatian pada "the art of culinary" aje heheheh...

Mat periuk: minta jasabaik semua agar dapat mendoakan perjalanan mat periuk di penghujung garisan PhD ini dipermudahkan olehNya.

Friday, September 16, 2011

sibuk memanjang....

Apa khabar semua?

Lama jugak tak menulis di blog nie. Makin lama makin ramai yg sudi singgah ke sini. Minta maaf le tak berapa nak rajin update posting sebab mat periuk busy giler amat sangat tahap dewa dgn kerja-kerja data analysis utk thesis yg mmg bukan kepakaran mat periuk sebenarnya. Tapi sejak 3-4 bulan bergelumang dgn stat especially SPSS nie rasanya dah banyak improvement.

Insyallah by the time habis bahagian nie nak claim pakar masih tak berani tapi kalau nak mengaku pandailah sikit2 bab-bab statistics nie Insyallah. Kita kan manusia hari2 kena belajar ,..ilmu tu tak pernah habis utk dikejar. Macam mat periuk nielah dulu sejak zaman sekolah memang trauma tgk nombor2 nie...bila buat diploma kena buat cost control, degree kena plak buat accounting, buat master plak kena buat financial, sekarang buat PhD kena buat stat (tahap dewa plak tu)...mmg betul2 punya cabaran. Dahg banyak cabarabn dilalui so ini hanya salah satunya..so no worries..mat salleh oz cakap

Walaupun ada sesetengah calon PhD (bukan semua, segelintir kecil saja) ambil jalan mudah dgn mengupah pakar stat utk membantu mereka tapi mat periuk menanam nekad utk belajar sendiri sampai faham dan faham...bukan apa nanti bila tiba time mat periuk jadi supervisor nanti bila student tanya tapi tak tau nak jawab..mana nak letak muka yeob. Untuk sebab itulah walaupun susah mat periuk tetap berusaha sehingga betul2 terror..heheheh..lagi satu kena nak mencapai sesuatu dgn usaha sendiri bukan atas bantuan tangan2 ajaib org lain...tak berkat dan tak akan memuaskan hati kita.


Oklah..tu je dulu..mat periuk nak kembali menganalisa output2 yg dah berlambak tu..singgah sini kejap tadi sebab mabuk tgk nombor banyak sangat hehehehe...

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf zahir Batin dari saya sekeluarga di Gold Coast, Australia

Sila ke link:


http://www.youtube.com/watch?v=U5Lw6QA2eRY

Wednesday, August 24, 2011

Masalah teknikal di www.chefkamarul.net

Salam semua,

Saya ada terima msg FB dari rakan iaitu Kak Harleena yg jauh di Toulouse, France yg bgtau tak dapat masuk website rasmi saya iaitu www.chefkamarul.net, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas concern anda.

Saya telah pun hubungi web designer saya dan dimaklumkan kuota hit website tersebut melebihi 5GB jadi dah tak mampu nak tampung. Alhamdullilah ramai yg sudi melawat website tu. So sekarang saya dlm proses menambah bandwidth sedia ada supaya tak jadi lagi masalah ini. Bagi sedikit masa utk admin kami selesaikan masalah ini ye.

Terima kasih sekali lagi pada yg sentiasa menyokong saya. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua yg beragama Islam.

Chef Kamarul

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan dari perantauan

Salam semua,

InsyaAllah esok kita semua akan menyambut kedatang bulan yang sudah lama kita tunggu. Syukur dipanjangkan umur sekali lagi bagi kita semua untuk mengaut pelaburan sebanyak mungkin buat bekalan di sana nanti.

Bagi mat periuk, keluarga dan rakan2 disini , penentuan satu Ramadhan akan diumumkan pada malam ini. Disini ada sedikit kelainan cara menentukannya. Ini kerana terdapat kesukaran melihat anak bulan kerana jangka masa yang sangat pendek. Mat periuk tak pandai sangat tentang teknikalnya tapi mengikut kata Imam Imraan Husein (Imam Mesjid Gold Coast), oleh kerana Australia ini terlalu luas dan juga kedudukan geografi Gold Coast, menjadikan umur anak bulan pendek untuk dikesan sekaligus menjadikannya agak sukar untuk dilihat dari kedudukan dunia sebelah sini.

Jadi langkah yang dipersetujui oleh gabungan Iman seluruh Australia ialah menunggu sehingga jam 9 malam sehingga Perth (kawasan yg paling barat) dapat memberi kata putus. Jadi seperti biasa setiap malam sebelum Ramadhan kami semua akan berkampung di mesjid menungggu pengumuman. Maklumlah kat sini bukan ada 'pembesar raja-raja' yg akan membuat pengumuman dlm TV atau radio seperti di Malaysia. Tapi mat periuk rasa trilnya lebih lagi disini daripada di tanahair. Berbanding di Malaysia, keadaan Mesjid disini meriahnya lebih hebat sepanjang Ramadhan ini. Seolah-olah mesjid dan tetamunya tidak tidur sepanjang malam di bulan yang mulia ini. Cukup meriah.

Disepanjang bulan puasa nie juga mat periuk faham sangat ramai yang akan pening kepala memikirkan juadah untuk dimasak buat keluarga tercinta. Jadi sebagai sedikit sumbangan dari pihak mat periuk maka dengan itu diumukan ebook Chef Kamarul "As seen on TV' akan dikurangkan sebanyak 30%. Maka harganya akan menjadi RM27 sahaja. Bagi mat periuk peluang ini boleh digunakan oleh suri rumah dan juga yang bujang2 untuk mempelajari dan manjadikan ebook ini sebagai panduan untuk meyediakan juadah berbuka puasa nanti.

Tapi suka diingatkan tawaran ini hanya sempena bulan Ramadhan dan juga terhad kepada 100 pembeli pertama saja. Sekian saja kali ini. Insyallah berjumpa lagi ya.

Jadi jangan buang masa, tempahlah di:
www.ebookchefkamarul.com

Mat Periuk: menyambut puasa yang keempat tahun disini, sudah biasa namun sayunya masih tidak terkata.....