Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Wednesday, November 16, 2011

Kolum di Majalah Saji

Salam semua,

Kali ini saya nak berkongsi perkembangan terbaru. Rasanya semua sedia maklum yg saya ada kolum sendiri di Majalah Saji. Mula-mula dulu team Majalah Saji hanya tawarkan 6 bulan utk kolum "Dari Dapur Gold Coast" ini tetapi oleh kerana sambutan yg baik dr pembaca maka disambung sehingga setahun. Baru-baru ini sekali lagi Team Saji contact dan menawarkan saya supaya terus menulis di kolum tersebut. Alhamdullilah, terima kasih banyak2 diucapkan kepada semua yg sudi membaca coretan saya di kotaraya Gold Coast ini.

Walaupun aktiviti seharian saya penuh dgn kerja2 berkaitan penyelidikan di peringkat PhD ini tetapi menulis coretan di Majalah Saji adalah satu peluang yg tak akan saya lepaskan kerana memberi ruang berkongsi cerita dgn rakan2 di Malaysia. Insyallah akan banyak lagi kisah-kisah menarik yg akan mat periuk kongsikan ya....

Alang-alang bercerita pasal perkembangan terbaru saya disini, saya sekarang di peringkat akhir pengajian. Peringkat data analysis telah pun saya lepasi dengan jayanya. Sekarang dan untuk beberapa bulan mendatang ini, saya hanya tumpukan pada thesis writing. Insyallah ada 6 chapter kesemuanya. Bukan senang nak menulis 100 ribu perkataan bila setiap satu patah perkataan wajib memberi makna dan bukan hanya sebagai bunga-bunga mencantik bahasa.

Kini barulah saya betul2 faham bertapa pentingya kualiti penulisan kerana supervisor saya sangat cerewet orangnya...jika satu perkataan itu tidak memberi apa2 makna, waima sebagai penyambung ayat sekalipun, saya kena pastikan ianya tidak wujud di keseluruhan thesis final nanti. Saya juga berkali-kali di pesankan olehnya tentang "the art of writing"! selama ini mat periuk tumpukan perhatian pada "the art of culinary" aje heheheh...

Mat periuk: minta jasabaik semua agar dapat mendoakan perjalanan mat periuk di penghujung garisan PhD ini dipermudahkan olehNya.