Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Tuesday, October 6, 2009

Gourmet Homemade Pizza




Resipi Pizza "the best in the world"....

Dough:
tepung gandum 2 cawan
garam - 1/2 tsp
minyak zaitun - 2 tbsp
yeast kering - 7 gm (1 paket)
air suam - 3/4 cawan
gula perang - 1 tbsp
* extra tepung utk dusting

Method:
  1. campur air + gula + yeast ( biar 5 minit)
  2. tepung + garam + minyak zaitun (bekas besar), gaul rata dan buat lubang di tengah
  3. masukkan campuran air & yeast - kacau gunakan fork sehingga agak sebati kemudian gunakan tanggan dan uli 5 minit sehingga dough agak licin
  4. biarkan naik 15-20 min, tumbuk bagi angin keluar, canai nipis dan sapukan sauce + taburkan topping + cheese . Bakar suhu 200C, 10-15 minit
Pasta sauce:
Tomato tin (whole tomato in tomato puree/juice)
Basil/oregano (fresh or dried)
bawang putih 2 ulas (chopped)
Garam + lada putih (1/2 tsp each)

Method:
  1. panaskan tomato dan hancurkan dgn fork, masukkan bahan-bahan lain
  2. biarkan sehingga sos pekat atas api sederhana atau kecil

* kalau nak xpress - beli aje sos tomato pasta dalam botol tu...macam Dolmio, Prego dan yg lain2..seriously xpress!

Topping:
suka hati nak letak apa, suggestion: salami, peperoni, roasted chicken, mushrom , capsicum, tomato, onion, etc
mozarella cheese (the best buffolo cheese....)

* Chef Kamarul's tips
  • kalau dapat bakar atas pizza stone... memang best giler (macam saya buat dlm gambar tu)
  • the best pizza mesti nipis dan garing
  • jangan letak topping over sangat..ala kadar aje..kalau banyak, pizza jadi lembab dan tak garing
  • kalau nak letak ayam atau daging, make sure dah dimasak dulu (roasted, etc) bukan mentah nanti pizza jadi berair...(oh tidak!)
  • kalau rajin, buat banyak dough dan simpan dlm freeze, boleh guna dgn cepat in future.
  • makan masa panas2....kalau makan ramai2 lagi best sebab mesti tak cukup hahahaha

9 comments:

P said...

chef... saya pernah tengok kat rancangan ala carte tuh... mane nak dapat bacon, salami dan segala macam daging atas pizza tuh yang halal ekk..? tengok hyper market takdak pon?
mekacih in advance =)

Student Mum said...

tima kasih sesangat. harap pasni takyah dah kena beli doh kat woolly. sebab ada orang terinspirasi nak wat sendiri lepas ni...

Student Mum said...

tolong reply kat P:

bacon tu sejenis daging khinzir juga. so, tak mugkin akan halal.

yang lain tu, kena tunggu jawapan chef...

ninoZ said...

chupp! nak menyibuk gak chef..:D

salami, meat loaf, furters segala bagai tu kita panggil 'cold cut'
byk dah product halal kat mesia nih..gi tgk kat giant, jusco, tesco n carrefour semua ada product nih kat bahagian sejukbeku..:)

P said...

owh ade ekk... pernah laa kat carefour ade counter jual cold cut nih.. ade sosej la dan hirisan daging2 yang lain.. buat salami ka or yang chef wrap ngan asparagus (ala carte) tak pernah plak jumpa tau...

p/s:thanx for sharing ninoz..

ninoZ said...

Giant bandar puteri n jusco ioi mall konpem ada..saya selalu beli situ

chef kamarul said...

dah banyak comment..tak perasan lah pulak;
P: pasal bacon ..memang betul jawapan Student Mum, bacon istilah khas utk daging kinzir, tapi kekadang org pakai utk istilah beef bacon ( cara buat sama cuma menggunakan daging) so kalau beli di kedai halal maka jawapannya halal. ada juga yg menggunakan istilah macon.

chef kamarul said...

Terima kasih ninoz tolong jawapkan.
betul cakap nizoz..memang senang nak cari 'cold cut' dah sekarang nie..pegi kat carrefour, giant, tesco, etc malaysia memang dah ada...satu lagi jenama prima kalu tak silap. pun halal. Sejarahnya dulu memang takde cold cut halal di Malaysia especially di tahun 70an - sampailah akhir 80an. terima kasih pada hotel pan pcific johor bahru dimana bahagian butcher dia keluarkan product cold cut secara commercial. Tak menang tangan diorg nak supply pada market Malaysia. Lepas tu bila dah ramai org Malaysia pandai makan benda2 'cold cut' nie dah banyaklah syarikat buat. Cuma harus diingat..pembuatan 'cold cut' kebiasaanya bukanlah menggunakan bahan-bahan yang tinggi mutunya (campuran macam2 bahan ...macam buat burger jugaklah)...so makan tu boleh cuma janganlah makan selalu2 sangat..ala kadar ajelah ye..

kidridzuan said...

cik kamarul...
sy nk try buat r bsk..
dlu da buat..
ms klas miss anida...
tp lupe cr nk buat doh 2..
lgpn sy mmg xske uli2 tepung ni..
huhu..thanks cik kamarul 4 the dough recipe..
huhu..