Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Wednesday, April 28, 2010

Restoren Terbaik Dunia

Hari nie mat periuk nak kongsi petikan Kosmo tentang restoren terbaik dunia masakini iaitu Noma di Copanhagen, Denmark. Restoren yg diuruskan oleh chef muda iaitu chef Rene Redzepi ini sekaligus merampas tahkta dari el bulli di Spain pimpinan Chef Ferran Adria.


COPENHAGEN - Restoran Noma di Denmark mengungguli senarai 50 restoran terbaik di dunia pada Isnin lalu kerana menyediakan masakan Scandinavia yang paling baru.

Senarai itu dikeluarkan oleh majalah Restaurant di Britain selepas diundi oleh satu panel terdiri daripada 806 chef, pengendali restoran, wartawan dan pakar makanan.

Restoran itu terletak di sebuah gudang kapal yang telah diubahsuai di Copenhagen.

Tukang masak Noma, chef Rene Redzepi telah mencipta menu masakan yang mengandungi bauan lembu, sumsum salai, ikan kerakap, selada air dan kapis kering.

Pendekatan masakan Noma lazimnya tertumpu kepada usaha mendapatkan bahan-bahan mentah terbaik dari rantau Scandinavia.

Bahan-bahan mentah itu ialah kupang kuda dan ketam laut dalam selain ikan kod rumpai laut serta dadih dari Iceland. - Reuters

Inilah dia rupa chef yg kini memegang gelaran restaurant terbaik dunia - chef Rene Redzepi
Stylo sungguh restaurant nie..
Pintu masuk ke Noma
ferran adria yg hilang takhta restorant terbaik dunia setelah beberapa tahun mempertahankannya

Mat periuk: pernah ada restaurant sendiri....InsyaAllah disatu hari nanti akan kembali...

Friday, April 23, 2010

Malaysian Kitchen!

Petikan Kosmo hari ini:
Permohonan dana Malaysia Kitchen dilonggarkan
23/04/2010 6:10pm


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melonggarkan syarat permohonan dana untuk para usahawan dalam program Malaysia Kitchen yang berbaki RM160 juta.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, sejak program tersebut dilancarkan pada 2006 lalu, hanya RM20 juta diagihkan melalui Exim Bank Bhd.

Komen Mat Periuk:
Program Malaysian Kitchen dah bertahun diperkenalkan tetapi belum lagi menampakkan kejayaan. Terus terang saya agak skeptikal dengan idea ini. Usaha kerajaan Malaysia sebenarnya sudah terlambat hampir 10-20 tahun jika dibandingkan dengan kejayaan negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam yang terlebih dahulu berjaya dengan konsep restoran ethnic mereka. Program ini bukan memerlukan dana ratusan juta tetapi sikap cemerlang seorang usahawan yang wajib mempunyai jatidiri terhadap negara mereka selain wajib mempunyai ilmu yang cukup dalam perniagaan ini. Kejayaan pengusaha restoran Thai contohnya bukan kerana duit bantuan kerajaan tetapi kerana sikap mereka yg sanggup berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Membuka restoran di luar negara bukannya mudah, setiap negara mempunyai rules and regulation mereka yg tersendiri. Sebagai contoh di Australia, untuk membuka sebuah restoran, pelbagai requirement harus dipenuhi samaada dari segi pengurusan, kebersihan, keselamatan, dan pelbagai lagi. Disini istilah lesen ali baba, duit kopi, dan lain-lain istilah yg sewaktu dengannya tak diterima pakai. Semuanya harus melalui prosedur yg sangat ketat. Jika pun usahawan dari Malaysia mendapat dana berjuta tetapi tidak tahu menguruskannya saya yakin duit tersebut akan habis tanpa sebarang kejayaan. Dana ini harus diberi kepada mereka yang betul-betul layak dan sanggup berkorban untuk kejayaannya. Kalau tidak, adalah lebih baik duit berjuta itu diberi pada rumah anak-anak yatim di Malaysia!.

Jika pihak Malaysian Kitchen hendak melonggarkan lagi syarat yang ada, yang sampai sekarang belum nampak ada restoran yg betul2 berjaya, apa akan jadi selepas ini?. Kita seharusnya analisa kejayaan restoran-restoran berkonsep ethnic yang lain. Bagaimana restoran Thai begitu berjaya, bagaimana restoran Jepun begitu popular dan bagaimana restoran India begitu berselerakan di di kota London. Kita harus keluar dengan satu konsep yang standard. Satu konsep yg boleh diterima oleh semua golongan, satu konsep yg bila orang terlihat restoran itu, mereka akan kata.hah..itu restoran Malaysia! Konsep apa?, bagaimana caranya?.....persoalan yang sangat rumit tapi tidak musthail untuk direalisasikan. Ini kerana saya sangat kecewa kerana ramai diluar negara berpendapat retoran Malaysia adalah berkonsep seperti Restoran Cina seratus peratus!

Dari pandangan saya, kejayaan sebuah restoran Malaysia di luar negara bukan bererti kejayaan peribadi pemilik restoan itu tetapi kejayaan yg boleh dikongsi dengan begitu ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak perlu pun keluar negara. Saya bagi contoh, katalah menu seperti 'Rendang Tok. Walaupun ianya dijual di kota New York, ramai pengusaha di Malaysia boleh berkongsi untungnya seperti pengusaha keresek dari Bagan Dato, pengusaha kelapa sagat dari Bagan Serai, pengusaha cili boh dari Seberang Perai, pengusaha Kicap dari Batu Gajah, pengusaha serbuk kari dari Selayang dan pelbagai lagi kerana semua bahan ini diperlukan untuk membuat rendang, seharusnya semua bahan ini dibawa terus dari Malaysia. Tempiasnya patut dikongsi oleh semua yang terlibat secara langsung atau tidak di Malaysia. Penduduk kampung juga harus terkena tempiasnya. Inilah konsep yg diguna pakai oleh pengusaha negara Thai. Inilah konsep yang harus kita perjuangkan.

Sebenarnya banyak lagi yg boleh dibincangkan pasal konsep Malaysian Kitchen, InsyaAllah dilain masa Mat Periuk akan sambung.Walaubagaimanapun Mat Periuk sangat berharap kejayaan restoran-restoran Malaysia ini dan mereka yang mendapat peluang dari sebahagian 'kek besar' ini dapat memanafaatkan dana yang telah diberikan. Duit rakyat harus memberi pulangan kepada rakyat tanpa mengira agama, bangsa, pangkat dan lain-lain.