Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Thursday, December 31, 2009

Mat Periuk Xpress Update

Selamat tahun baru 2010.

Tahun baru ini bermula dgn satu pengorbanan demi membantu insan yg telah melahirkan mat periuk ke dunia ini . Tahun baru ini dimulakan dengan perjalanan sejauh 6256 km untuk memberi sokongan kepada insan sangat penting dalam hidup mat periuk. Doakan mat periuk selamat pergi dan pulang ke tanahair.

Tuesday, December 29, 2009

PhD: Cabaran, Dugaan & Kekuatan

Betullah kata ramai yg pernah buat PhD, bersiap sedia dgn cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi. Tambah2 lagi mereka yang telah membuat keputusan utk mengejar PhD jauh di perantauan. Cabaran dan dugaan bukan setakat dari profesor, supervisor, examiner dan sebagainya tapi lebih dari itu. Semalam mat periuk betul2 faham dan alami sendiri cabaran dan dugaan yg dimaksudkan. Berita ibu kesayangan di Malaysia yg sekali lagi disahkan menghidap cancer ibarat seperti batu menghentam kepala....jiwa menjadi kosong,...hiba menjadi rakan paling rapat tika ini. Berita ini menjadikan komen 'panas' supervisor minggu lepas hanya sebesar kuman, tak memberi makna lagi. Apapun, mat periuk masih bernasib baik ada isteri dan anak2 disini yg memberi kekuatan. Ini semua ketentuan dariNya, mat periuk terima seadanya...

Berkongsi sikit dgn rakan2 tentang sifat dan karektor ibu kesayanganku. kalau nak tahu ibu mat periuk adalah seorang tukang masak terbilang, ramai yang memperakui kehebatan beliau didapur. Mungkin ramai pun kata ibu masing2 pun hebat masak kan...tapi ibu mat periuk nie memang kerjanya memasak, beliau pernah memasak utk ramai VIP macam Dr Mahathir, sultan azlan, menteri besar, menteri2 dan sebagainya. Kalau masak 2-3 ribu orang tu selalunya dia sorang aje...ha..jangan terkejut! kalau kat hotel function 2-3 ribu habis mengelabah lah satu kitchen kan..tapi ibu mat periuk cool & steady aje...sangat berpengalaman...memasak untuk katering dan restoran sejak 1970an lagi. Pada umur nya yg masuk 61 tahun beliau masih lagi memasak untuk beribu-ribu orang terutama musim cuti yg baru nie bila ramai yang naik pelamin. Bukan tak suruh dia berehat, dah banyak kali tapi hanya dgn memasak beliau menjadi lebih kuat dan sihat. Kami anak2 kena akur....

Selain bakat memasaknya satu sifatnya yang mat periuk tahu sangat ialah sifatnya yg tak pernah tunjuk rasa sakit dan susah hati pada siapa-siapa pun. Sebagai anak, mat periuk memang kenal sangat sifat yang satu ini....kalau sakit macamana pun atau susah macamana pun dia akan sorok sebaik mungkin supaya orang lain tak susah hati. mat periuk tahu sangat sebab ini adalah antara sifat beliau yang telah diperturunkan pada mat periuk...kalau ada problem, settle sendiri kerana hidup jangan menyusahkan orang. Tulah sebab mat periuk susah hati sebab bila call dia ...akan kedengaran suara yg cool dan ceria kerana mat periuk tahu sifat yang satu itu....

Ini kali kedua kena cancer nie, 4 tahun lepas dah buat operation dan buang bahagian cancer tu...everytime kimo beliau akan menderita....makan terus muntah, badan jadi kurus, rambut semua gugur...sesiapa yg ada rakan atau saudara yg pernah buat kimo pasti tahu azabnya. Tapi sejak dari dulu ibu mat periuk nie memang cool dan seorang yang kuat semangat...mat periuk rasa antara sebab beliau survive the first time beliau kena cancer dulu ialah daya juang beliau yang sangat tinggi...Allah sayangkan beliau dan memberi beliau dugaan yang maha hebat ini. mat periuk cuma berharap mak akan terus kuat semangat dan berjuang sekali lagi...Amin.

Mat periuk: Insyallah operation bakal dijalankan pada 4 januari 2010. Mat periuk mohon rakan2 mendoakan kesejahteraan ibu kesayangan.Doakan juga kesejahteraan ayah mat periuk yang tidak berapa sihat juga.



gambar mak dan ayah semasa di Gold Coast beberapa bulan lepas.

Saturday, December 26, 2009

Boxing Day

Pegh...hari nie boxing day, pagi tadi try nak gi Harbour Town Factory Outlet, cheh...berapa kali pusing tak dapat parking, semua mat salleh dah giler shopping. Boxing day kat Australia nie kira event besar lah, sebab sale giler-giler...giler punya giler..org giler pun tak giler macam sale nie wakakakak. Itulah sebab agaknya diaorg bagi nama boxing day sebab semua orang sampai nak bertumbuk masuk kedai nak shopping.

Apapun nie kali kedua Christmas kat Gold Coast nie...maknanya dah masuk 2 tahun kat sini dah...perkembang PhD,ermmmm..kekadang okey sangat-sangat kadang2 menakutkan sangat-sangat...dalam erti kata lain, kadang2 masuk gear 1 smooth je sampai gear 5...kadang2 tersangkut di gear 3....tapi kadang-kadang terpaksa jugak reverse balik heheheh...tapi tak kisahlah...tulah dia cabarannya, kalau senang buat PhD semua org dalam dunia nie org panggil Dr kan...

Mat periuk: perjuangan harus diteruskan.....demi membawa nama kampung ku.."seorang budak kg tersusun tasek, bercham, ipoh berjaya mengengam PhD wakakakak. InsyaAllah

Wednesday, December 23, 2009

PAPADOM oleh Chef Afdlin Shauki



Rasanya dah terlambat kot Mat Periuk nak bagi komen pasal filem nie pasal filem nie dah lama habis tayangan nya kat malaysia. Tapi oleh kerana mat periuk baru aje habis tengok filem nie (terima kasih pada sepupu mat periuk yg datang ke Gold Coast minggu lepas) maka kira okeylah. Jujurnya memang cerita nie tak sehebat dari segi visualnya terutamanya cinematografi tapi layakkah komen ini diberikan oleh seorang tukang masak heheheh...tapi mat periuk tabik (macam cikgu yg kena belasah tu) kat Afdlin atas buah tangan terbaru beliau ini yang sangat hebat dari segi moral cerita dan pengajaran yang cuba disampaikan dalam nukilan yang boleh dikira diluar kebiasaan utk filem Malaysia. Kalau korang ada anak dan setiap hari korang melihat anak korang tu membesar pasti faham maksud yg tersirat dari dalam filem ini. Sebagai seoarang anak yang dibesarkan didalam keluarga yang terlibat dalam perniagaan makan-makan nie....jalan cerita Papadom banyak persamaan...tahniah Afdlin..ko punya homeworks membuatkan cerita nie menjadi.

Lagi satu yg tak berkaitan secara langsung dgn filem nie.. mat periuk memang dari dulu suka tgk cerita melayu walaupun ramai kawan2 mat periuk memperlekehkan filem melayu, kalau korang perasan banyak melayu sekarang lebih bangga menonton Transformer dari CicakMan, speaking London lebih dari lorat utara, menyokong EPL bagai nak rak dan mengutuk giler2 Liga Super, membaca NST dan Star dgn bangganya di kedai kopi cawangan america dari berita harian dan harian metro...semuanya kerana ingin namapak lebih urban, terpelajar dan moden...tapi hakikat nya masih menelan sambal belacan dan tidak pula blue cheese (malah ada yg tak tau mebezakan kan ricotta dan feta cheese). Fahamanan golongan ini apa sahaja dari oversea dan berbahasa Inggeris adalah lebih baik dari negara kita sendiri. Ada juga yg cakap kalau nak jadi pandai....kena cakap english 24 jam dan kalau nak study kat oversea kena biasa2kan baca paper omputih dan minum latte....cheh mat periuk nie tak plak macam tu alhamdullilah dah 2 kali jejak kat negara mat salleh nie! bagi mat periuklah... yang dah beberapa kali meninggalkan tanah melayu nie...mat periuk dah lihat, rasai dan alami sendiri..seburuk2 malaysia kita tu ...ianya lebih baik dari negara luar...percayalah!

Mat Periuk: teruja jugak kalau ada chef yang boleh buat homemade papadom macam Chef Afdlin dalam filem tu heheheheh

Thursday, December 17, 2009

Camping di Mount Tamborine (National Park)

Seperti yg telah di bgtau awal minggu nie Mat Periuk dan bala tentera (isteri dan anak2)telah meninggalkan dunia moden dan tamadun dunia untuk beberapa malam. Kitaorg pergi bercamping di atas gunung didalam hutan Mt Tamborine. First time camping kat Australia..perg best giler...pasang kemah, cari kayu api dalam hutan, camp fire malam-malam, masak pakai dapur kayu...fuh, tidur bertemankan bintang-bintang, berlagukan bunyi2 burung dan serangga hutan,... what a life!, what a simple life!

Kadangkala bagus juga buat benda2 macam nie, kalau tak Mat Periuk terperap aje dalam bilik nie dgn journal, article, FB, Blog dan yg sewaktu dgnnya. Mula2 tu hajat dihati nak update blog kat dalam hutan tu..dah siap bawak laptop dgn mobile internet tapi hampeh, tak de line heheheheh..

Anyway Mat Periuk akan cuba upload few gambar masa camping nie..termasuk menu kitorg masa dlm hutan, aktiviti mandi sungai, cari kayu, dan lain-lain lah...



Mat Periuk: camping dlm hutan nie untuk pemanas badan je sebab bulan depan Mat Periuk dan rakan2 akan berkonvoi dan bercamping dari Gold Coast ke Sydney. Perjalanan bakal melebihi 2000 kilometer dan akan bercamping beberapa malam di sepanjang perjalanan pergi dan balik melalui country side Australia. Amacam ada berani?....beranikah aku?..entah hantam sajalah..

Sunday, December 13, 2009

Mat Periuk Xpress Update

Salam semua rakan2 mat periuk,

InsyaAllah sat lagi mat periuk & family akan meninggalkan civilise world sekejap. Taklah lama sangat dalam 3 hari-2 malam. Mat Periuk bawak jugak laptop (just in case) tapi rasanya memang takde internet kat area tu. kalau ada mat periuk update aktiviti2 kitaorg. Kalau takde nanti hari Rabu barulah boleh cerita apa kitorg buat, mana kitaorg pergi, etc ye. Sapa2 yg hantar email ke, FB ke, telefon ke.. minta maaf banyak2lah kalau tak reply ye. Doakan keselamatan kami sekeluarga.

Mat periuk: sesekali adventure best gak...dah boring tgk dunia moden...aku ingin lebih masa bersama alam..

Thursday, December 10, 2009

Best Recipes Books and Best Television Celebrity Cookbook (Malaysia)


Syukur, Alhamdullilah. Semalam dapat email dari En Faruq, orang kuat Telaga Biru Sdn Bhd, wakil publisher buku terbaru mat periuk iaitu Dapur Xpress. Berita gembira dari beliau mengatakan buku Dapur Xpress telah dinobatkan sebagai "Best Recipes Books" and "Best Television Celebrity Cookbook" di Malaysia oleh Gourmand World Cookbook Awards 2009 yang berpengkalan di Madrid, Spain

First time mat periuk menang anugerah untuk buku masakan tulisan mat periuk. Gembira, excited, macam tak percaya, terharu semua pun ada. Dengan kemenangan ini sekaligus melayakkan buku Dapur Xpress bertanding sekali lagi di peringkat dunia pula. Pemenang peringkat dunia ini akan diumumkan di Paris Cookbook Fair pada 11 Februari 2010 di Paris, France. Doakan kejayaan mat periuk membawa nama Malaysia ke peta dunia. Niat dihati ingin mengikut jejak langkah sifu mat periuk iaitu Chef Wan yang telah beberapa kali berjaya memenangi anugerah seumpama ini diperingkat nasional dan world.

Apapun mat periuk ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat termasuklah isteri dan anak-anak, rakan2 di Telaga Biru terutamanya Boss Tn Hj Waharb, Ustaz Zahazan, Tn Hj Muhamad Zakaria, Yus, Sani, Nizam dan Faruq, rakan2 chef yang membantu semasa penerbitan buku ini iaitu Chef Reza, Chef Amin, Chef Shakir, Chef Murshidul Kamal dan student2 mat periuk aka junior mat periuk iaitu Bob Naim, Alfian dan Azrul.Ini adalah hasil kerja berpasukan, buku ini tidak akan berjaya tanpa sokongan semua yg saya sebutkan tadi.

Terima kasih juga kepada semua rakan2 yang sering mengunjungi blog dan website mat periuk especially kepada semua followers 'Blog Seorang Mat Periuk' ini. InsyaAllah kemenangan ini memberi semangat untuk mat periuk menulis lagi.

Mat Periuk: Terima kasih atas ucapan tahniah dari rakan2 di FB juga. Fuh... macam tak percaya....

Tuesday, December 8, 2009

Sharifah Shahira di Gold Coast...

Shiera, Ijoi & Mat Periuk

Aksi BBQ Mat Periuk

Aamacam ada berani? honey and garlic glaze lamba rack...

suasana BBQ di backyard...

makan-makan....


Sharifah Shahira di Gold Coast...
Petang semalam, sekali lagi backyard Mat Periuk berasap 'BBQ'setelah dikunjungi seorang lagi selebriti top Malaysia, siapa lagi kalau bukan Sharifah Shahira atau Shiera. Shiera ditemani suami tercinta Ijoi , 3 anak2 diorg (baby baru tinggal kat KL) dan rakan2 dari Karangkraf iaitu Abg Izahar, 'awek cun' Kiffy dan Latif. Diaorg juga ditemani orang kuat Queensland Tourism Mr Greg Floyd dan Michael Ladd.

Shiera and the gang becuti selama 7 hari atas tajaan Queensland Tourism, beruntung badan kakak aku sorang nie, berjalan sakan sampai nak tercabut lutut. Diorg dilantik sebagai duta percutian ke sini, pergh..class. Cerita vacation beliau dan keluarga akan disiarkan dalam majalan Nona tidak lama lagi. Jangan lupa beli!!!

Nak cerita sikit pasal Shiera nie. Mat Periuk bukan baru kenal dia, dah lama dah lebih dari 5 tahun rasanya sejak kitaorg buat program Famili Ria (Makan Apa Bos? ) dulu..lepas tu kitaorg host program Jemput Makan (first time di Malaysia: talk show + cooking show)dan last sekali sebelum Mat Periuk fly, sempat lagi buat episode finale Ala Carte (NTV7) kat rumah dia di Taman Melawati.Dalam banyak2 artis yang Mat Periuk kenal, Shiera lah yang paling humble, tak banyak songeh, tak diva2, walaupun kalau diikutkan dia nie dah tahap otai dah, menang award pun dah biasa,...kalau ada apa2 event kat rumah dia, tak pernah lupa hantar msg kat Mat Periuk...kalau sembang dgn dia, tak macam sembang dgn artis2 lain yg suka cover2 dan maintain cun, Shiera memang selamba giler..macamana lawak gaban dia kat dlm TV tu macam tu lah kat luar.

Mula2 kenal Shiera dulu Mat Periuk ingat semua artis macam dia..baik hati, tak berlagak dan down to earth..tapi selepas 5 tahun lebih berkecimpung dlm industri nie, barulah Mat Periuk tau, bukan semua artis macam Shiera...banyak lagi yg 'macam-macam'..bak kata astro..macam2 adaaaaa...Kalau Mat Periuk bagi rating kat Shiera dari scale 1-10, Mat Periuk bagi dia 11/10...heheheh..lebih satu sebab dia ada husband Ijoi yang seorang lagi manusia yg humble, down to earth dan tak diva. Memang sesuai lah korang laki bini nie..

So kawan2 semua jangan lupa beli majalah Nona nanti, boleh tengok macamana ceria dan seronoknya mereka sekeluarga bercuti di Gold Coast dan Brisbane. (ada bonus beberapa resipi BBQ dari Mat Periuk yang akan diselitkan juga!)

Disaat blog nie ditulis diorg semua masih dalam perut kapalterbang Air Asia didalam perjalanan pulang ke tanah tumpah airku, Malaysia. Mesti tgh terbongkang keletihan....kesian.

Mat Periuk: kalau semua artis kat Malaysia nie macam Shiera...aman makmur dunia hiburan kita....heheheh

Sunday, December 6, 2009

Raya Haji @ Gold Coast

Sekelumit warga Malaysia di Gold Coast

Makan time

Bacaan doa oleh Uztaz Kapten Zahid (wakil ATM)

sibuknye...

juadah disediakan oleh POT LUCK Catering & Services



SAMBUTAN RAYA HAJI DI GOLD COAST
Pergh, busy giler 3-4 hari nie (buat apa entah, journal tak baca pun heheheh) sampai tak sempat nak update blog MAT PERIUK. Anyway, sebelum basi, ada lebih baik mat periuk tampalkan gambar2 sambutan Hari Raya Haji baru2 nie dikalangan warga Malaysia di Gold Coast. Macam biasa, muka2 tu ajelah pasal memang muka2 nie je yg ada kat Gold Coast nie hahahaah. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, sangat bersyukur di musim summer nie, tiba2 hari tu seakan-akan winter pulak, redup, dingin, sungguh sesuai utk bersembahng mengenang nasib di perantauan ahaks! Itulah yang dinamakan berkat, niat baik nak sambut Hari Raya.

Hari tu pun rasa macam kat negara Arab pun ada, sebab kat sebelah park kitaorg tu serombongan pak arab dan kaum kerabatnya beraya sakan juga..siap main cricket lagi tu..pak arab main cricket...ermmmmm..compius mat periuk!

Walaupun kami tak seramai macam di Perth yg terdapat berpuluh-puluh ribu warga Malaysia, Melbourne dan Sydney yang beribu-ribu juga hatta Brisbane yg tidak kurang hebat dan ribu-ribunya namun kami yg sekelumit dan boleh dikira dengan jari ini masih dan tetap beraya sakan.

Mat Periuk: kadang kala jumlah yg sikit lagi bagus dari yang banyak - kurang kerenah, kurang pening kepala, kurang food habis wakakakaka

Thursday, December 3, 2009

Happy 6th Birthday Daliya

mum & dad's creation

happy birthday ....

daliya's teacher

mum's happy face


Today is a very special day for mat periuk, its Daliya 6th birthday. Daliya nie lain dari yg lain : yg paling pemalu tapi paling chekky, yang paling pemalu tapi paling pandai cakap...dan yg paling pemalu tapi paling cute. Daliya was born in Gold Coast Hospital, Southport six years ago when her mum and dad did their Master. Maknanya dapat master + dapat anak...heheheh

mat periuk: fuh dah besar dah anak2 aku....

Tuesday, December 1, 2009

fuh lega...

Tadi baru lepas jumpa supervisor 'kesayangan'ku - profesor beverley sparks, tak sia2 mat periuk mengadap komputer dekat 20 jam semalam..in general dia kata okey cuma nanti dia akan baca lebih detail lagi dan inform mat periuk jika ada apa2 changes sebelum 'comfirmation seminar' bulan depan....dari raut mukanya mat periuk tau dia puas hati jugaklah...alhamdullilah!. terima kasih kat kawan2 di FB yg bagi semangat dan sokongan...motivasi dari korang sangat2 dialu-alukan

Kalau buat phd kat australia, 'comfirmation seminar' adalah satu2 nya presentation wajib yg ada sepanjang buat phd (tak termasuk present paperlah) sebab sistem viva tak diaplikasikan disini. lepas siap document nie boleh concentrate kat presentation tu pulak. Fuh, satu lagi halangan setinggi gunung ledang menanti mat periuk bulan depan.

apapun...aku nak rilek malam nie dan boleh settle kan article untuk magazine RASA, bulan depan, editor dah mintak dah tu,..jangan lupa beli magazine RASA ye...

mat periuk: erm nak tulis apa ye...korang ada idea tak?