Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Saturday, February 27, 2010

sesat di kuala lumpur

Dah lama tak dengar lagu nie..teringat pulak masa mula2 merantau di Kuala Lumpur tahun 1995.First time duduk KL, practical di Legend Hotel & Apartment. Masa tu shopping complex paling top mestilah Yoahan. Hahahaha....tak sangka dah 15 tahun berlalu. Chef-chef memang power kat hotel nie. Masa tu Executive chef orang German.(Nico Rothmans) Swekarang ramai chef-chef senior dah pencen dan yg junior dah jadi , sous chef,executive chef. Kerja macam kalah bangra, mula pagi dari pukul 7 sampai pukul 12 malam. Imagine pukul 6 pagi dah tunggu bas mini no 25 dari kg pandan...sampai hotel terus kerja..non stop..pukul 12 tgh malam baru balik sebab hotel everyday penuh. Sampai rumah pukul 1 pagi..tidur tak sampai 5 jam..hari2 berguni-guni bawang dan ubi kentang kena kopek....kalau tak siap tak boleh buat kerja lain..tak pernah sekali pun complent sebab niat di hati nak menimba ilmu. Zaman sekarang student kena kerja lebih sejam dua jam dah complent!ermmmmm.....sendiri mau ingat..


Mat periuk: Terima kasih buat semua sifu-sifu ku...jasa korang hanya Tuhan saja yang membalasnya.. "sesat di kuala lumpur, dosa dan pahala bercampur"....

Monday, February 8, 2010

Xpress Update

Salam semua rakan2 mat periuk...

Busy sikit seminggu dua nie mengejar dateline Prof. Apapun sebelum lupa, mat periuk nak pesan ramai2 beli majalah terbaru RASA untuk perkembangan terkini mat periuk dan family di Gold Coast nie. Article baru telah pun dihantar...ada cerita best tentang cheese, so jgn lupa beli edisi yg akan datang juga. Mat periuk juga nak ucapkan tahniah pada majalah RASA kerana menjadi majalah masakan NO. 1 Malaysia, tahniah kepada Kak Yati - editor yg rajin berkerja, semua wartawan yang bertungkus lumus dan juga para pembaca setia majalah RASA.

Mat Periuk: x student mat periuk pun dah jadi editor utk akhbar masakan pertama Malaysia - The Cook. Jgn lupa beli dan support usaha anak2 muda kita.

Monday, February 1, 2010

Pengumuman penting:Mat Periuk tiada kena mengena dengan Restoren Ikan Sungai Liyana Jasmay!

Salam semua,

Mat periuk dapat cerita dari sumber yg boleh dipercayai ...katanya dlm satu forum website sibuk discuss pasal restoren ikan sungai liyana jasmay . Banyak forumer dlm tu hentam pasal tak puas hati cara liyana komen bila orang ramai cakap restoren tu mahal. Panas juga perbincangan dalam tu beb!. Mat periuk bukan nak bagi komen sebab tak de kena mengena dgn mat periuk pun... cuma yg tak sedap, cerita liyana bertelagah dgn chef nya, entah macamana terpalit mat periuk sekali. Semuanya sebab nama chef tu sama dgn mat periuk iaitu chef kamarul. Macamanalah mat periuk nak buka restoren dgn dia kalau mat periuk pun bukannya duduk kat Malaysia sekarang! Mungkin sebab ramai tak tau macamana muka chef kamarul "ikan sungai" ni kot.

kalau nak tgk forum tu masuklah:

http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=459812&extra=page%3D1&page=4

Setakat nie memang mat periuk belum ada hajat nak buka restoren , walaupun dah ramai investor termasuk golongan VIP dan artis yg dah merisik mat periuk utk JV buka restoren (ada yg nak bukak kat Malaysia , ada jugak yg nak bukak kay oversea). Cuma minta maaflah, setakat ni pintu hati mat periuk tak terbuka lagi. Biarlah mat periuk habiskan PhD dulu dan balik berbakti mendidik anak bangsa di UiTM tercinta.

Ni ha gambar restoren liyana jasmay yg mat periuk tak tau mana lokasinya:

Dan untuk meng'kompom'kan lagi yg chef kamarul "ikan sungai" itu bukan chef kamarul "mat periuk", inilah gambar nya:

Mat periuk: ish susah juga kalau nama sama nie...patutlah semenjak dua menjak nie asyik tersedak aje...rupanya ramai forumer menyebut hehehehe

Sunday, January 31, 2010

Chef Wan dapat 'Datuk'!

*chef wan dgn 'periuk'nya...

wa, seronok dapat berita nie. Sebenarnya mat periuk tgh busy giler menyiapkan comfirmation document, tapi tangan gatal berFB. Tup2 baca cerita chef wan (mat periuk panggil abg wan je) akan dapat gelaran 'Datuk' esok sempena Hari Wilayah kat Istana Negara. Pergh mantap...memang best. mat periuk bangga bukan apa, sebab ni bukan 'Datuk" beli punya...ini hasil kerja kuat beliau bertahun-tahun lamanya. Kalu abg wan nak beli gelaran tu dah lama mampu tapi mat periuk respek pada prinsip, tak main lah beli2 kan.

Anyway, gelaran nie sebenarnya mewakili semua warga mat periuk di seluruh malaysia. golongan macam kami nie selalu dipandang sepi. Disaat org tgh bergembira menikmati hidangan, pernah tak korang terfikit sapa yang berhempas pulas, memasak hidangan yg sedap2 tu...di dapur yang panas giler tu plak! golongan macam kami nie berkerja tak ikut time, hujung minggu, hari raya, hari jadi...pagi, petang, siang, malam...kadang2 ada yg sampai tak tgk matahari berbulan2 sebab keluar kerja sebelum subuh, balik pulak dah tengah malam. Ada sampai awek lari...bini lari pun dah banyak dah!...besar pengorbanan mat2 periuk nie. golongan macam kami nie bukan saja yg bekerja dihotel2 besar tu tapi semualah termasuklah di kantin2 sekolah, di gerai2 tepi jalan, di cafeteria PLKN, BTN, burger boy tepi jalan tu, peniaga2 di pasar malam, makcik2 jual kuih, peniaga2 kat tepi stadium...pergh kalau nak list memang panjang. Tapi tugas kami sama..memasak untuk memenuhi selera pelanggan dsamping mencari rezeki halal. kalau betul niat, besar pahala pekerjaan kami nie! At least gelaran Datuk yg abg wan dapat nie menunjukkan golongan mat periuk akhirnya dihargai!

Mat periuk: juga sedang berusaha menaikkan martabat golongan mat periuk dgn mengejar gelaran 'D' yg satu lagi nie . InsyaAllah. doakan kejayaan

Wednesday, January 20, 2010

David Beckham belajar masak pasta!

Pegh, macam best je baca paper hari nie, Beckham pun nak belajar masak, secara tak langsung menjadi ahli kelab Mat Periuk lah wakakakaka





Metro 21 Januari 2010
Beckham belajar masak pasta



2010/01/20 DAVID Beckham mengubah dirinya menjadi seorang pakar pasta - jadi dia boleh memasak makanan untuk rakan baiknya, Gordon Ramsay.


BECKHAM...belajar memasak selepas berpindah ke Milan.
Beckham yang menyertai kelab Serie A Itali, AC Milan bulan ini, sudah mengambil kursus masakan profesional di bandar raya itu.


Dia sudah menjalani sesi pelajaran pertama selama tiga jam minggu lalu dan berminat untuk mencuba kemahiran terbarunya dengan chef terkenal, Ramsay, sekalipun ia bermakna mungkin mendapat kutukan pakar masakan itu.


"Saya menyertai sekolah masakan dan saya menduduki satu kursus yang membabitkan 120 jam pelajaran dan memasak," kata Beckham.


"Ia sesuatu yang saya ingin lakukan sejak dulu lagi. Saya memang sukakan memasak. Kini saya di Itali, jadi saya mahu belajar bagaimana untuk memasak pasta yang menakjubkan.


"Ia bermula daripada impian kecil mahu belajar bagaimana membuat pasta hinggalah kepada menjalani kursus ini seperti chef profesional lakukan. Ia sesuatu yang amat saya minati.


"Saya sudah menjalani sesi pertama tiga jam baru-baru ini. Saya belajar bagaimana membuat pasta segar, ragu, karbonara, sos tomato segar dan saya membuat risotto dalam beberapa hari.


"Tapi, saya akui tidak tahu bagaimana memasak untuk sekumpulan orang bagi sebuah parti makan malam.


"Saya gembira jika dapat memasak untuk Gordon. Satu hari nanti, pastinya saya akan memasak untuknya."

Mat Periuk: memasak nie memang skill yg semua org nak kuasai sebenarnya cuma ada sesetengah org lelaki yg kononya'macho' malu nak masuk dapur...chit porah!!!

Saturday, January 16, 2010

Alhamdullilah

Minta maaf banyak2 pada semua, mat periuk dah dekat 2 minggu tak masuk entry baru. Macam yg semua tahu mat periuk balik Malaysia pada 1 Januari 2010 untuk menziarah mak (operation buang kanser). Sambutan tahun baru yang lain dari kebiasaan. Memang kelam kabut jadinya, perjalanan dari gold coast ke kl jauh macam nak pegi antartika rasanya. Perasaan bercampur aduk sebab mat periuk balik sorang aje...wife dan anak2 tinggal kat Gold Coast, maklumlah balik emergency. Sampai Malaysia, punyalah banyak benda nak buat, tapi sempat jugak jumpa kawan2 sekolah lama (anderson old boys) kat kedai mamak dekat ampang point, singgah plak UiTM Penang utk ambil GL hospital, jumpa jap kawan2 lecturer dan ada jugak anak2 murid yg dah jadik lecturer jugak (pergh..rasa bangga dan rasa dah tua pun ada!), dan selebihnya menghabiskan masa menunggu mak di hospital bersama family. Sebenarnya mat periuk memang tak berkenan sangat pegi hospital nie, sebabnya selain dari kes orang bersalin, mana ada benda yg best kat hospital tu, betul tak?

walaupun dah selesai operation tapi seksanya belum selesai lagi. Bayangkan lepas nie mak akan melalui 6 kimoterapi, 15 kali radioterapi, bone scan, etc....bayangkan! mendengar aje pun dah meremang bulu roma. Allah kuatkanlah semangat ibu mat periuk dan kurangkanlah keseksaannya.

Hampir 7 hari mat periuk balik Malaysia. Memang layu kepenatan dibuatnya.Sampai aje kat gold coast, tak sempat balik rumah, wife, anak2 dan kawan2 (5 kereta) dah tunggu dekat airport. Straight drive ke Sydney, tak percaya? percayalah..memang kerja giler kan. Takpe cerita trip gi Sydney tu nanti mat periuk cerita lain. Kat bawah nie ada few gambar semasa di hospital ipoh. Terima kasih pada semua family, kawan2, saudara mara, mm dan semua yang mendoakan kesejahteraan mak dan mendoakan juga keselamatan mat periuk sepanjang perjalanan. Semoga Tuhan membalas jasa korang semua.

gambar sebelum operation-saudara mara yang melawat (ramai giler kan!)
bilik operation
Puan Doctor yang buat operation. Terima kasih banyak2.
selepas lebih 3 jam operation. Alhamdulilah selamat semuanya. Mak nampak lemah sangat tapi still boleh senyum
gambar 15 minit sebelum mat periuk balik ke Gold Coast.Tak sampai beberapa jam lepas operation, mak dah boleh jalan2, gelak2. Memang jenis kuat semangat betullah.

Mat periuk: Syukur tuhan mengerakkan hati untuk balik kampung tengok mak. kalau tak tak taulah macamana rasanya.

Thursday, December 31, 2009

Mat Periuk Xpress Update

Selamat tahun baru 2010.

Tahun baru ini bermula dgn satu pengorbanan demi membantu insan yg telah melahirkan mat periuk ke dunia ini . Tahun baru ini dimulakan dengan perjalanan sejauh 6256 km untuk memberi sokongan kepada insan sangat penting dalam hidup mat periuk. Doakan mat periuk selamat pergi dan pulang ke tanahair.