Pegh, macam best je baca paper hari nie, Beckham pun nak belajar masak, secara tak langsung menjadi ahli kelab Mat Periuk lah wakakakaka
Metro 21 Januari 2010
Beckham belajar masak pasta
2010/01/20 DAVID Beckham mengubah dirinya menjadi seorang pakar pasta - jadi dia boleh memasak makanan untuk rakan baiknya, Gordon Ramsay.
BECKHAM...belajar memasak selepas berpindah ke Milan.
Beckham yang menyertai kelab Serie A Itali, AC Milan bulan ini, sudah mengambil kursus masakan profesional di bandar raya itu.
Dia sudah menjalani sesi pelajaran pertama selama tiga jam minggu lalu dan berminat untuk mencuba kemahiran terbarunya dengan chef terkenal, Ramsay, sekalipun ia bermakna mungkin mendapat kutukan pakar masakan itu.
"Saya menyertai sekolah masakan dan saya menduduki satu kursus yang membabitkan 120 jam pelajaran dan memasak," kata Beckham.
"Ia sesuatu yang saya ingin lakukan sejak dulu lagi. Saya memang sukakan memasak. Kini saya di Itali, jadi saya mahu belajar bagaimana untuk memasak pasta yang menakjubkan.
"Ia bermula daripada impian kecil mahu belajar bagaimana membuat pasta hinggalah kepada menjalani kursus ini seperti chef profesional lakukan. Ia sesuatu yang amat saya minati.
"Saya sudah menjalani sesi pertama tiga jam baru-baru ini. Saya belajar bagaimana membuat pasta segar, ragu, karbonara, sos tomato segar dan saya membuat risotto dalam beberapa hari.
"Tapi, saya akui tidak tahu bagaimana memasak untuk sekumpulan orang bagi sebuah parti makan malam.
"Saya gembira jika dapat memasak untuk Gordon. Satu hari nanti, pastinya saya akan memasak untuknya."
Mat Periuk: memasak nie memang skill yg semua org nak kuasai sebenarnya cuma ada sesetengah org lelaki yg kononya'macho' malu nak masuk dapur...chit porah!!!
No comments:
Post a Comment