Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Sunday, April 17, 2011

Tolong kawan pindah rumah di Gold Coast

Salam semua,

Hari nie mat periuk dan kawan2 sehari suntuk tolong Abg Zul pindah rumah. Nasib baik jarak rumah baru dan lama tu taklah jauh sangat. Oleh kerana komuniti Melayu kat Gold Coast nie ada berapa kerat je so kenalah saling tolong menolong. Walaupun penat (maklumle semua pun dah 'kurang' muda remaja) tapi seronok lepas penat2, kitaorg lepak2- sembang2 sambil menjamu selera...

Mat periuk pun nak ucapkan selamat datang kepada satu keluarga baru yg join the club di Gold Coast iaitu Wan dan family. Dia nie baru je register jadi PhD candidate di Griffith University bulan lepas. Insyallah, lepas nie meriah lagilah mat periuk dan kawan2 disini..

oklah tu je...tak boleh nak tulis banyak2 sebab tgh busy menulis utk buku baru nie. semenjak 2 menjak nie mood menulis telah kembali, so kena gunakan sepenuhnya..Insyallah, lepas siap manuscript boleh proceed dgn photo shoot. Problemnya mat periuk nie fussy sikit bila menulis buku, nak yg terbaik dari yg terbaik...pembaca pakai duit beli buku bukan pakai daun kering, so kena faham konsep tu...

Harap2 sebelum hujung tahun boleh siap buku nie. memang ambik masa sekurang-kurangnya 1-2 tahun utk satu buku, bukan boleh main redah je. Konsep buku kali nie memang baru dan rasanya the first di Malaysia. Macam buku Main Masak2 jugak, konsep lain daripada yg lain. Alhamdulilah sambutannya sangat baik...Nak tahu konsep apa kali nie?...tunggu...kalau sempat nanti mat periuk upload mana2 gambar yg dah siap.

Mat Periuk: Insyallah, tak lama lagi akan pulang ke Malaya..pasti merindui suasana tenang di Gold Coast.....

3 comments:

ZaridaIshak said...

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
begitulah adat orang merantau, susah senang bersama-sama... eh ada kaitan ker? apa2 pun tak sabar jugak nak tengok buku baru tu...

chef kamarul said...

memang betullah tu...hujan emas negeri org, tanah melayu jugak yg best heheheh

Insyallah buku baru nie memang khas saya buat utk mengalakkan lebih ramai berjinak-jinak dalam dunia masakan....Insyallah

Bell said...

cheff .. boleh email saya kat sini .. nubairi_abubakar@yahoo.com ... hehehe ader nak tanya advice sket