Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Saturday, March 13, 2010

Mulianya hati orang nie. Ada sesiapa pernah pegi?

KOSMO - 13 March 2010

Peluang makan percuma setiap hari

Oleh MEGAT RAMLI
MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my



SELEPAS menjamu selera, pengunjung Pusat Makan Percuma di Seksyen 16, Shah Alam ini digalakkan membasuh pinggan sendiri.

--------------------------------------------------------------------------------


SHAH ALAM - Sebuah restoran di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, di sini semakin menjadi tarikan sejak dibuka pada 12 Februari lalu apabila ia menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status.

Restoran yang diberi nama Pusat Makan Percuma itu beroperasi setiap hari melainkan Ahad dan cuti umum dari 10.30 pagi hingga 6 petang.

Ia dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, sebuah badan sukarela yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mohamad Sauffi Hamzah.

Mat Periuk: harap2 mereka yg sepatut dan layak saja makan kat tempat nie...jangan ramai yg ambil kesempatan pulak!

No comments: