Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Monday, March 29, 2010

Perjalanan PhD ku....

Alhamdulilah..selesai...settle..beres!
Akhirnya confirmation seminar yg ditunggu-tunggu (kadang2 memang tak nak tunggu langsung) berjaya juga dilepasi dgn jayanya. Tarikh 24 March 2010 akan sentiasa mat periuk kenang. Pengalaman seminar ini adalah antara yg paling mencabar sepanjang pengajian mat periuk sejak tadika Kemas Sg Rokam lagi heheheh.

Baiklah mat periuk cerita serba sikit macam mana hari tersebut dilalui. Malam tu mat periuk buat sedikit preparation, practice apa nak cakap, familiar kan diri dgn slide dan yg paling penting timing 30 minit supaya tak kurang dan tak lebih. Tak perfect sangat tapi lantaklah!.Lepas practice sekali terus pegi kitchen buat kuih bakar kemboja...ha jgn terkejut, mat periuk bukan saja prepare slide presentation tapi dgn food sekali...tak cukup kuih bakar kemboja tu mat periuk juga buat satay! (credit buat yati yg baik hati tolong buat kuah satay semasa mat periuk sibuk meyucuk satay)tujuannya supaya audience dapat mood ethnic food sebab tajuk reserach berkaitan dgn ethnic restaurant. Bukan bodek ok..ianya salah satu strategy utk develop mood. Kalau student PhD lain mesti stress dan mengelabah mat sabut dgn slide presentation diorg tapi mat periuk hilangkan stress tu dgn memasak di dapur...ermmm..good idea kan...yg penting ianya berjaya mengurangkan stress.

*menu special pagi tu: satay dan kuih bakar kemboja

so pagi2 lepas solat subuh..langsung tak boleh tidur walaupun subuh kat sini kira awal, pukul 4.30 dah masuk waktu. Mat periuk practice sekali lagi dgn slide dan timing..this time memang perfect...timing memang ngam, flow cantik dan idea pun mantap..mat periuk puas hati, confident dan tawakal kepadaNya (memang dari zaman muda2 dulu, mat periuk selalu study time lepas subuh) lepas tu terus gi dapur dan start preparation untuk bakar satay. Kebetulan hari tu yati kena pergi sekolah jumpa cikgu dina sebab nak terima report dan bincang progress dina. So yati kena keluar awal pagi tu utk ke sekolah dan mat periuk kena siapkan budak2...sibuklah sikit pagi tu tapi semuanya slow and steady..smooth aje. Settle dekat pukul 9 pagi, hantar anak2 gi sekolah dan terus ke uni (yati tolong hantar sebab nak cari parking, giler susah). sampai2 aje terus gi bilik presentation, everything dah ada...projector dan technician dah menunggu...catering pun dah siap dgn cookies dan coffeenya. Terdetik dihati...ermmm...hari nie semua nampak smooth...harap2 presentation nanti pun smooth hendaknya. Tawakal.

* para hadirin merasa hasil tangan mat periuk: satay dan kuih bakar kemboja

so lagi 15 minit pukul 10 pagi, bilik dah dipenuhi dgn professor2, dr, rakan Phd ..lebih dari 20 orang berada di bilik tu..wa meriah lah pulak!..harapan supaya taklah seramai itu..mat periuk berfikiran positif, mungkin rezeki mat periuk agaknya ..ramai yg berminat nak tau pasal research mat periuk. suasana dlm bilik tu boleh tahan meriahnya pasal semua sibuk merasa satay dan kuih bakar kemboja yg mat periuk sediakan..kira macam ice breaking sesssion lah...selalunya confirmation seminar nie serius dan agak formal tapi kali nie nampak ceria..alhamdulilah sekali lagi petanda baik. Tawakal.

*antara cerdik pandai Griffith University yg hadir

tepat pukul 10 pagi..Professor Beverley Sparks (Bev), yg kelihatan anggun pagi tu terus membuka bicara..beliau memulakan majlis dan memperkenalkan mat periuk. Tersentap juga melihat berpuluh-puluh mata begitu focus dan concentrate pada satu orang didalam bilik itu...dan orang itu mat periuk!. Kelihatan ramai betul mat salleh- mat salleh bergelar professor, associate professor, dr dan sebagainya. Kecut jugak perut...Mat Periuk mulakan bicara (ungkapan bismillah didalam hati sebagai pembuka bicara.Tawakal

*aksi mat periuk di seminar

Mat periuk bermula santai dgn berbicara tentang menu pagi itu iaitu satay sebagai penarik perhatian para audience dan strategi ini berjaya kerana rata2 memuji satay yg mereka rasa pagi itu (kalau mereka tipu maka tipulah ye..)Mat periuk berjaya menarik perhatian setiap orang didalam bilik tersebut. Selepas sessi pembukaan, entah macamana mat periuk berasa sangat confident dan teruja..didalam hati mat periuk berkata.. bila lagi mat salleh dan para audience nak focus seratus peratus pada kita kan..so this is the time and i should fully utilise the moment..this is it! this is my moment! 30 minit terasa begitu cepat berlalu...sedar2 dah sampai ke slide terakhir...mat periuk toleh ke jam di dinding..pergh 31 minit berlalu ..perfect!sekali lagi mat periuk cuba mencuri perhatian mereka dgn mengucapkan terima kasih didalam 5 bahasa yg mewakili ethnic restaurant didalam research mat periuk iaitu bahasa thai, india, cina, jepun dan melayu...sekali lagi mat periuk berjaya menarik perhatian setiap orang di dalam bilik itu. Alhamdullilah smooth sekali lagi.

sebaik tamat sessi presentation mat periuk, Bev terus menyambut dan membuka pula sessi soal dan jawab. pada ketika ini confident mat periuk sangat tinggi..berilah apa saja soalan Insyallah akan mat periuk jawab sebaik muingkin...lama juga sessi ini tetapi kebanyakannya adalah suggestion dan comment..tidak banyak soalan..alhamdullilah sekali lagi smooth..dan ungkapan thank you dari Bev di peghujung sessi menandakan tamat sudah confirmation seminar mat periuk. Seorang demi seorang professor, dr, mat salleh, rakan2 menghhulurkan tangan dan mengucapkan congratulation & well done!dan itulah ungkapan yg mat periuk tunggu sejak ..entah dah tak ingat sejak bila tapi dah lama...syukur alhamdullilah.

*sessi soal jawab yg ditempuhi dgn tenang

*Sessi bergambar di penghujung sessi bersama Prof Bevereley Sparks (supervisor) dan Associate Prof Hugh Wilkins (examiner

*rakan2 Phd dari malaysia, Indonesia dan Thailand yg sentiasa membantu dan memberi semangat!


Mat Periuk: kini mat periuk menunggu dgn penuh sabar dan iltizam, di satu pagi..seorang demi seorang akan menghulurkan tangan dan mengucapkan "congratulation Dr. Kamarul".Insyallah Mat Periuk akan berusaha tanpa putus asa untuk hari bersejarah tersebut. Tawakal

Tuesday, March 16, 2010

Confirmation Seminar (PhD)

Baru je lepas practice session dgn Professor Beverley Sparks, Dr Anoop & few friend. Next week will be the real 'cabaran'. Untuk pengetahuan yg mana belum tahu, di Australia tidak ada viva atau presentation defend thesis macam di UK atau some other countries. Di Australia lain sikit, ada 'Comfirmation Seminar' dimana PhD candidate kena defend proposal sebelum data collection boleh diteruskan. Inilah cabaran tahap gaban sekali kena present 30 minutes plus another 30 minutes Q & A session. Bukan calang-calang manusia org yg datang, kebanyakkannya profesor, associate profesoor, dr, etc. Ibarat macam sitting duck je rasanya tunggu masa ditembak hunter.

Insyallah lepas practice session tadi, tambah sikit confident dan harap2 semua ok masa kejadian nanti, mood, kesihatan, focus, computer, etc, Doa-doakan kejayaan Mat Periuk minggu depan. Sapa2 nak datang dijemput hadir. Information as follow:

Venue: Griffith University Gold Coast Campus
Room: G27_3.20
Time: 10 am.

Mat Periuk: perjuangan menjadi mat periuk bertaraf Dr. harus kuteruskan. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan sepi ku ini.

Saturday, March 13, 2010

Mulianya hati orang nie. Ada sesiapa pernah pegi?

KOSMO - 13 March 2010

Peluang makan percuma setiap hari

Oleh MEGAT RAMLI
MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my



SELEPAS menjamu selera, pengunjung Pusat Makan Percuma di Seksyen 16, Shah Alam ini digalakkan membasuh pinggan sendiri.

--------------------------------------------------------------------------------


SHAH ALAM - Sebuah restoran di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, di sini semakin menjadi tarikan sejak dibuka pada 12 Februari lalu apabila ia menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status.

Restoran yang diberi nama Pusat Makan Percuma itu beroperasi setiap hari melainkan Ahad dan cuti umum dari 10.30 pagi hingga 6 petang.

Ia dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, sebuah badan sukarela yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mohamad Sauffi Hamzah.

Mat Periuk: harap2 mereka yg sepatut dan layak saja makan kat tempat nie...jangan ramai yg ambil kesempatan pulak!