Kepada yg selalu mengikuti FB mat periuk mesti perasan status yg sentiasa di update pasal banjir 'inland tsunami' yg melanda South East Queensland sekarang. Di saat entry ini ditulis keadaan masih lagi teruk. Mat Periuk dan family yg di Gold Coast nie pun sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Bahan-bahan makanan dah stock up, lilin, touch light, baju hujan semua dah ready. Dokumen2 penting semua dah bungkus dan diasingkan.Jarak anatara GC dan tempat banjir yang terdekat kurang 1/2 jam sahaja sekarang.
Ramai juga pelajar2 Malaysia yg terutama di Toowoomba, Ipswich dan Brisbane yang terlibat sama. kami di GC sedang menanti dgn penuh debaran nasib kami pula. kakitangan MSD, PPMQ, JPA dan kedutaan masing-masing sibuk bertanya khabar pelajar2 kita disini dan sedang menghulurkan banyuan sebaik mungkin. Terima kasih diucapkan.
Banjir kali ini paling teruk didalam sejarah since 1974. Bandar Brisbane kini sudah ditengelami air, air empangan yang penuh bercampur pula dgn air pasang laut. menjadikan sungai Brisbane macam air terjun yang deras. Penuh dgn barang2 yang hanyut seperti ada jet ski, bot, almari, rumah, malah restorang terapung yang pecah bila berlangar dgn jambatan2. Keadaan memang menakutkan. Alhamdullilah hari nie langit cerah dan hujan sudah berhenti. Hujan disini sebenarnya dah berlarutan sejak bulan September tahun lepas, so dapat bayangkanlah macamana empangan boleh penuh samapi 200%.
Setakat ini juga sudah 12 orang yang terkorban dan berpuluh-puluh lagi hilang. Kemungkinan angka yang terkorban sangat tinggi. Walaupun hujan sudah berhenti tapi kami disini masih tetap kena berjaga-jaga kerana dijangka cyclone dari tengah laut pula dijangka menghentam kawasan south east Queensland ini yang dijangka dalam beberapa hari lagi. Doa dan Tawakal padaNya.
Mat periuk: satu pengalaman......satu pengajaran...
keadaan panik semua orang membeli bahan keperluan sebelum bekalan terhenti dan kedai ditengelami air
Bandar Toowoomba seperti di tengah air
beginilah lajunya air dari empangan turun dan terus menuju bandar-bandar sebelum ke laut
Ramai mangsa terkorban kerana terperangkap didalam kereta semasa cuba menyelamatkan diri
bayangkan kekuatan dan kederasan air ini sehingga rumah pun boleh dihanyutkan
2 comments:
masya-Allah, dasyatnya. ada juga baca tweets kawan yg tinggal di Brisbane psl banjir ni. tp mmg tak dpt byg kn ia seteruk ni (merujuk gmbr)
mudah2an chef & family selamat hendak-Nya
duk tgk live kt tv masa air tgh naik, even Perth jauh, tp terasa jugak kesan banjir ni. hope yang hilang tu semua selamat.
Post a Comment