Sertai Komuniti "Mat Periuk"
Friday, December 31, 2010
Happy New Year 2011
Malam tadi mat periuk dan kawan yang macam family di Gold Coast bawa semua ahli keluarga menyambut tahun baru. Tahun nie memang lain sikitlah, sebab selalunya setiap kali new year selama di australia ni, mat periuk mesti masih lagi sibuk di dapur sebab kerja. Oleh kerana mat periuk dah resign kerja kat restoren tu so dapatlah mat periuk meraikan kedatangan 2011 dgn kawan2 dan family. seronok juga rupanye hehehe. Kitaorg lepak di park baru Broadwater, ramai betui manusia, tapi semua ok tak kecoh, teratur, sampah tak banyak. Sesuatu yg mat periuk tabik hormat mentaliti org negara maju regardless warna kulit mereka!
pertama kali juga dlm sejarah hidup meraikan detik 12 tgh malam sambil fishing dgn kawan-kawan. Tak pernah dibuat dek orang. Mat Salleh OZ kat sini pun pelik tengok aksi kitorg yag bersemangat memancing, diorg datang jeti tu nak tgk fireworks aje tapi kitaorg nak tangkap pari hehehe... "tipikal Asian" dlm hati mereka ! hahahahah
"Selamat Datang tahun Baru 2011", mat periuk ucapkan buat semua. Semoga tahun ini lebih cemerlang dari segala segi. Selamat tinggal 2010, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment