Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Saturday, August 21, 2010

'Terima Kasih' atas ucapan birthday, etc

Syukur alhamdullilah, hari nie genap 35 tahun. Bertambah satu angka lagi di belakang umur tu. Ala dah tua-tua nie taklah excited sangat nak sambut bday, it's just a number any way heheheh. Apapun tahun nie dapat banyak betul bday wishes sampai selak punya selak dekat berpuluh wall FB dan mailbox tu penuh dgn ucapan2 dari kawan2 bukan saja dari malaysia malah seluruh dunia. Terima kasih banyak semua. Semoga Allah pun memurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan sentiasa didalam keadaan tenang dan gembira hendaknya. Panjang umur tahun depan jangan lupa wish lagi tau, hehehe

Dikesempatakan entry nie juga saya nak ucapkan selamat berpuasa pada semua umat Islam seluruh dunia yang mengenali saya. Tengah seronok membeli belah di bazar Ramadhan tu jgn lupa saya dan keluarga yg jauh di perantauan nie.

Mat Periuk: Semoga dimakbulkan doa2 kawan ku semua. Amin

No comments: