Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Thursday, December 30, 2010

dah nak habis 2010

Salam semua,

pergh.. lama betul tak menulis disini. Minta maaf banyak2lah sebab memang busy sangat hujung tahun nie. banyak betul benda nak buat sampai tak tahu mana satu nak siapkan dulu. Apapun sejak 'cuti' menulis dari blog nie, macam2 dah mat periuk buat antaranya:
1. shooting sarjan saji utk TV3
2. interview majalah SAJI
3. jadi columnist di majalah Saji
4. press conference Inspirasi Koko Musim ke 5
5. buku terbaru Main Masak-Masak bersama Chef Kamarul.
6. event pertama Chef kamarul Culinary Foundation (CARNATION) bersama anak-anak yatim Darussalam, Ipoh.

Ini antaranyalah, ada lagi yang dah tak ingat, cepat betul terasa tua hehehe. Walaupun busy dengan benda2 macam nie, mat periuk sebenarnya lebih busy dengan study sekarang. Alhamdullilah, sekarang dah hampir nak settle Pilot Study. Ikut jadual hujung bulan January 2011 boleh mula actual collecting data. Lepas tu bolehlah mula data analysis dan menulis beribu-ribu perkataan untuk thesis pulak. Insyallah semua masih mengikut perancangan. Kita hanya merancang... Allah yang menentukan.

mat periuk sentiasa memegang falsafah "yang dikejar tak tercicir, yang dikendung mesti melekat sama" heheh. Didalam sibuk mencari rezeki yang lebih sikit untuk keluarga (bukan untuk mengejar kesenangan tapi sebenarnya untuk menampung perbelanjaan kat Australia nie yang mahal sangat, kalau setakat duit biasiswa tu memang tak cukup, serius!), mat periuk tetap tak lupa tanggungjawab sebagai pelajar yang ditaja oleh pembayar-pembayar cukai di Malaysia. mat periuk akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelsaikan tugas mendapatkan title 'Dr.' tu dalam jangka waktu yang ditetapkan. Insyallah,mat periuk pun dah amik keputusan untuk berhenti menjadi chef di restaurant Malaysia di surfers paradise yg dah dekat 2 tahun mat periuk kerja, sebab nak concentrate pada study untuk tahun terakhir 2011 ni.

Dalam tahun 2010 ini macam-macam benda berlaku kat mat periuk, syukur Alhmdullilah rezeki tahun ini murah betul. Walaupun jauh di perantauan, offer masih tidak putus sehinggakan ada yang terpaksa ditolak. mat periuk kena akui bukan semua kita boleh sapu, fokus kena lebih pada study. mana yg sesuai dgn masa dan ketika barulah mat periuk ambil.

Mungkin ini entry terakhir untuk tahun 2010. Insyallah kita jumpa lagi di muka pintu 2011. Semoga tahun 2011 lebih banyak kejayaan kita semua perolehi. mat periuk doakan semua yang menyokong karier mat periuk diberkati olehNya, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat walafiat.Doa-doalah juga untuk mat periuk dan family di sini.

salam dari mat periuk sekeluarga di Gold Coast.

Mat Periuk: jangan lupa beli majalah Saji mulai bulan nie sebab ada article mat periuk "Dari dapur Gold Coast" setiap bulan.

No comments: