Sertai Komuniti "Mat Periuk"

Wednesday, November 16, 2011

Kolum di Majalah Saji

Salam semua,

Kali ini saya nak berkongsi perkembangan terbaru. Rasanya semua sedia maklum yg saya ada kolum sendiri di Majalah Saji. Mula-mula dulu team Majalah Saji hanya tawarkan 6 bulan utk kolum "Dari Dapur Gold Coast" ini tetapi oleh kerana sambutan yg baik dr pembaca maka disambung sehingga setahun. Baru-baru ini sekali lagi Team Saji contact dan menawarkan saya supaya terus menulis di kolum tersebut. Alhamdullilah, terima kasih banyak2 diucapkan kepada semua yg sudi membaca coretan saya di kotaraya Gold Coast ini.

Walaupun aktiviti seharian saya penuh dgn kerja2 berkaitan penyelidikan di peringkat PhD ini tetapi menulis coretan di Majalah Saji adalah satu peluang yg tak akan saya lepaskan kerana memberi ruang berkongsi cerita dgn rakan2 di Malaysia. Insyallah akan banyak lagi kisah-kisah menarik yg akan mat periuk kongsikan ya....

Alang-alang bercerita pasal perkembangan terbaru saya disini, saya sekarang di peringkat akhir pengajian. Peringkat data analysis telah pun saya lepasi dengan jayanya. Sekarang dan untuk beberapa bulan mendatang ini, saya hanya tumpukan pada thesis writing. Insyallah ada 6 chapter kesemuanya. Bukan senang nak menulis 100 ribu perkataan bila setiap satu patah perkataan wajib memberi makna dan bukan hanya sebagai bunga-bunga mencantik bahasa.

Kini barulah saya betul2 faham bertapa pentingya kualiti penulisan kerana supervisor saya sangat cerewet orangnya...jika satu perkataan itu tidak memberi apa2 makna, waima sebagai penyambung ayat sekalipun, saya kena pastikan ianya tidak wujud di keseluruhan thesis final nanti. Saya juga berkali-kali di pesankan olehnya tentang "the art of writing"! selama ini mat periuk tumpukan perhatian pada "the art of culinary" aje heheheh...

Mat periuk: minta jasabaik semua agar dapat mendoakan perjalanan mat periuk di penghujung garisan PhD ini dipermudahkan olehNya.

Friday, September 16, 2011

sibuk memanjang....

Apa khabar semua?

Lama jugak tak menulis di blog nie. Makin lama makin ramai yg sudi singgah ke sini. Minta maaf le tak berapa nak rajin update posting sebab mat periuk busy giler amat sangat tahap dewa dgn kerja-kerja data analysis utk thesis yg mmg bukan kepakaran mat periuk sebenarnya. Tapi sejak 3-4 bulan bergelumang dgn stat especially SPSS nie rasanya dah banyak improvement.

Insyallah by the time habis bahagian nie nak claim pakar masih tak berani tapi kalau nak mengaku pandailah sikit2 bab-bab statistics nie Insyallah. Kita kan manusia hari2 kena belajar ,..ilmu tu tak pernah habis utk dikejar. Macam mat periuk nielah dulu sejak zaman sekolah memang trauma tgk nombor2 nie...bila buat diploma kena buat cost control, degree kena plak buat accounting, buat master plak kena buat financial, sekarang buat PhD kena buat stat (tahap dewa plak tu)...mmg betul2 punya cabaran. Dahg banyak cabarabn dilalui so ini hanya salah satunya..so no worries..mat salleh oz cakap

Walaupun ada sesetengah calon PhD (bukan semua, segelintir kecil saja) ambil jalan mudah dgn mengupah pakar stat utk membantu mereka tapi mat periuk menanam nekad utk belajar sendiri sampai faham dan faham...bukan apa nanti bila tiba time mat periuk jadi supervisor nanti bila student tanya tapi tak tau nak jawab..mana nak letak muka yeob. Untuk sebab itulah walaupun susah mat periuk tetap berusaha sehingga betul2 terror..heheheh..lagi satu kena nak mencapai sesuatu dgn usaha sendiri bukan atas bantuan tangan2 ajaib org lain...tak berkat dan tak akan memuaskan hati kita.


Oklah..tu je dulu..mat periuk nak kembali menganalisa output2 yg dah berlambak tu..singgah sini kejap tadi sebab mabuk tgk nombor banyak sangat hehehehe...

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf zahir Batin dari saya sekeluarga di Gold Coast, Australia

Sila ke link:


http://www.youtube.com/watch?v=U5Lw6QA2eRY

Wednesday, August 24, 2011

Masalah teknikal di www.chefkamarul.net

Salam semua,

Saya ada terima msg FB dari rakan iaitu Kak Harleena yg jauh di Toulouse, France yg bgtau tak dapat masuk website rasmi saya iaitu www.chefkamarul.net, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas concern anda.

Saya telah pun hubungi web designer saya dan dimaklumkan kuota hit website tersebut melebihi 5GB jadi dah tak mampu nak tampung. Alhamdullilah ramai yg sudi melawat website tu. So sekarang saya dlm proses menambah bandwidth sedia ada supaya tak jadi lagi masalah ini. Bagi sedikit masa utk admin kami selesaikan masalah ini ye.

Terima kasih sekali lagi pada yg sentiasa menyokong saya. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua yg beragama Islam.

Chef Kamarul

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan dari perantauan

Salam semua,

InsyaAllah esok kita semua akan menyambut kedatang bulan yang sudah lama kita tunggu. Syukur dipanjangkan umur sekali lagi bagi kita semua untuk mengaut pelaburan sebanyak mungkin buat bekalan di sana nanti.

Bagi mat periuk, keluarga dan rakan2 disini , penentuan satu Ramadhan akan diumumkan pada malam ini. Disini ada sedikit kelainan cara menentukannya. Ini kerana terdapat kesukaran melihat anak bulan kerana jangka masa yang sangat pendek. Mat periuk tak pandai sangat tentang teknikalnya tapi mengikut kata Imam Imraan Husein (Imam Mesjid Gold Coast), oleh kerana Australia ini terlalu luas dan juga kedudukan geografi Gold Coast, menjadikan umur anak bulan pendek untuk dikesan sekaligus menjadikannya agak sukar untuk dilihat dari kedudukan dunia sebelah sini.

Jadi langkah yang dipersetujui oleh gabungan Iman seluruh Australia ialah menunggu sehingga jam 9 malam sehingga Perth (kawasan yg paling barat) dapat memberi kata putus. Jadi seperti biasa setiap malam sebelum Ramadhan kami semua akan berkampung di mesjid menungggu pengumuman. Maklumlah kat sini bukan ada 'pembesar raja-raja' yg akan membuat pengumuman dlm TV atau radio seperti di Malaysia. Tapi mat periuk rasa trilnya lebih lagi disini daripada di tanahair. Berbanding di Malaysia, keadaan Mesjid disini meriahnya lebih hebat sepanjang Ramadhan ini. Seolah-olah mesjid dan tetamunya tidak tidur sepanjang malam di bulan yang mulia ini. Cukup meriah.

Disepanjang bulan puasa nie juga mat periuk faham sangat ramai yang akan pening kepala memikirkan juadah untuk dimasak buat keluarga tercinta. Jadi sebagai sedikit sumbangan dari pihak mat periuk maka dengan itu diumukan ebook Chef Kamarul "As seen on TV' akan dikurangkan sebanyak 30%. Maka harganya akan menjadi RM27 sahaja. Bagi mat periuk peluang ini boleh digunakan oleh suri rumah dan juga yang bujang2 untuk mempelajari dan manjadikan ebook ini sebagai panduan untuk meyediakan juadah berbuka puasa nanti.

Tapi suka diingatkan tawaran ini hanya sempena bulan Ramadhan dan juga terhad kepada 100 pembeli pertama saja. Sekian saja kali ini. Insyallah berjumpa lagi ya.

Jadi jangan buang masa, tempahlah di:
www.ebookchefkamarul.com

Mat Periuk: menyambut puasa yang keempat tahun disini, sudah biasa namun sayunya masih tidak terkata.....

Thursday, July 7, 2011

Ebook Chef Kamarul "As Seen On TV" kini di pasaran


Salam semua,

Diumumkan ebook pertama saya yang begitu lama dinantikan telah berada di pasaran sejak malam tadi. Sebanyak 112 resipi yang pernah saya tunjukkan di kaca TV kini boleh anda miliki. Tawaran ebook ini termasuk resipi-resipi percuma yang akan terus saya berikan kepada yang membeli secara sah. Untuk membeli layari laman web:

www.ebookchefkamarul.com


Terima kasih atas sokongan,
chef kamarul aka mat periuk

Friday, May 6, 2011

Tenangkan fikiran...ke Toowoomba

Esok, mengikut perancangan, mat periuk dan beberapa kawan akan ke bandar Toowoomba. Bandar nie letaknya diatas bukit, digelar 'largest no capitol inland city'Lebih kurang macam Cameron Higland le. Beberapa bulan lepas, bandar nie terkenal di dunia akibat bencana alam yg teruk kerana banjir besar sehingga digelar ' inland tsunami'

Tujuan mat periuk nie cuma nak berehat sebentar sementara menunggu dateline surevy mat periuk yg akan tutup beberapa hari lagi. Lepas ie akan sangat busy menganalisa data. Memang kena concentrate giler2 tu. So tgh ada kelapangan nie kita mencuri masa sikit bawak family berjalan-jalan tgk tempat orang.

Sepatutnya ramai lagi yg akan turut serta tapi beberapa family lagi ada comtiment masing2 dan ada juga yg dah pernah ke sana. Mat periuk pun 5 tahun lepas pernah juga ke Toowoomba nie. Event paling popular disini ialah 'Flower Festival' tapi masa bulan September.

Oklah...nanti mat periuk update lagi. Kalau nak tau perkembangan semasa mat periuk, follow Twitter mat periuk ye (chef kamarul)

Mat periuk: semenjak dua menjak berTAB nie rajin lah plak bertwit hehehehe...

Sunday, April 24, 2011

Ahli-ahli baru warga perantau Gold Coast

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...

Mat periuk nak kongi beberapa berita gembira kami di sini. Alhamdullilah semakin bertambah warga2 perantau Malaysia di Gold Coast. Bulan April nie menang bulan gembira buat kami disini. Dua keluarga mendapat kurniaan terulung dariNya, keluarga Dr. Din dan Ita dgn babynya Aleesha dan keluarga Capt. Azmi dan Ir Zeti dgn baby yg belum di beri nama.

Baby belum bernama...(Capt. Azmi dan Ir Zeti)
Baby Aleesya (Dr Din dan Ita)

Di hospital Gold Coast yg sama ini jugaklah kami menyambut Nur Daliya hampir 8 tahun yang lalu. Masa tu mat periuk dan isteri sedang menyambung Master juga di Griffith Uni. Terasa cepat sungguh masa berlalu.

Wad bersalin
Pintu masuk
Daliya di depan hospital beliau selamat di'keluar'kan..
Hospital Gold Coast (Southport)


Apapun, kami disini seperti sebuah keluarga besar, semua saling tolong menolong, susah senang kami kongsi bersama.Alhamdullilah di bulan April nie juga beberapa kali kami dapat bersama-sama, makan2 dan mengadakan beberapa kenduri kecil-kecilan. Di rumah abg zul dan Wati serta Capt Zahid dan Nana kami buat kenduri doa selamat sebab pindah rumah baru. Di rumah mat periuk buat sedikit kenduri doa selamat hari jadi Dina.Disamping beberapa perjumpan lagi seperti perjumpaan dgn DR. J (pengarah MSD yg baru) bersama En. Zainal dan En Hussin (KPT), perjumpaan layan movie 5 jam di rumah Dr. Din dan macam2 perjumpaan lagilah...Pendek kata bulan April bulan makan2 je..heheheh

Kami juga seronok sebab bertambah satu lagi keluarga dari Malaysia yg menyambung PhD nya disini iaitu Abe Wan dan keluarga. Family yg berasal dari Kelate yg berkhidmat di Perlis dan Kedah. Insyallah bertambah meriah kami sini. Selamat datang kami ucapkan.

Mat periuk: teringat kesusahan dan kepayahan masa mula2 menjejak kaki di bumi Australia dulu, apatah lagi masa tu terpaksa menempuh kesejukan dan kehujanan di musim winter...kini sudah mula menghitung hari untuk pulang ke tanahair....

Sunday, April 17, 2011

Tolong kawan pindah rumah di Gold Coast

Salam semua,

Hari nie mat periuk dan kawan2 sehari suntuk tolong Abg Zul pindah rumah. Nasib baik jarak rumah baru dan lama tu taklah jauh sangat. Oleh kerana komuniti Melayu kat Gold Coast nie ada berapa kerat je so kenalah saling tolong menolong. Walaupun penat (maklumle semua pun dah 'kurang' muda remaja) tapi seronok lepas penat2, kitaorg lepak2- sembang2 sambil menjamu selera...

Mat periuk pun nak ucapkan selamat datang kepada satu keluarga baru yg join the club di Gold Coast iaitu Wan dan family. Dia nie baru je register jadi PhD candidate di Griffith University bulan lepas. Insyallah, lepas nie meriah lagilah mat periuk dan kawan2 disini..

oklah tu je...tak boleh nak tulis banyak2 sebab tgh busy menulis utk buku baru nie. semenjak 2 menjak nie mood menulis telah kembali, so kena gunakan sepenuhnya..Insyallah, lepas siap manuscript boleh proceed dgn photo shoot. Problemnya mat periuk nie fussy sikit bila menulis buku, nak yg terbaik dari yg terbaik...pembaca pakai duit beli buku bukan pakai daun kering, so kena faham konsep tu...

Harap2 sebelum hujung tahun boleh siap buku nie. memang ambik masa sekurang-kurangnya 1-2 tahun utk satu buku, bukan boleh main redah je. Konsep buku kali nie memang baru dan rasanya the first di Malaysia. Macam buku Main Masak2 jugak, konsep lain daripada yg lain. Alhamdulilah sambutannya sangat baik...Nak tahu konsep apa kali nie?...tunggu...kalau sempat nanti mat periuk upload mana2 gambar yg dah siap.

Mat Periuk: Insyallah, tak lama lagi akan pulang ke Malaya..pasti merindui suasana tenang di Gold Coast.....

Sunday, March 13, 2011

Tsunami Japan 11 Mac 2011



Hari nie masuk hari ke 3 gempa bumi yg sekaligus menyebabkan tsunami godzilla menghempas bandar diperairan northeast Jepun. Bandar2 besar terutamanya Sendai hancur ditelan ombak besar. Kalau ikut berita terkini ada yg melaporkan gempa bumi tu sekuat 9 magnitude ada juga yg kata 8.9, tapi apapun ianya antara yg terburuk dlm 140 tahun dan juga didalam sejarah moden Jepun.

Diberitakan 1000 confirm menjadi mangsa tapi ditakuti angka akan meningkat sekurang-kurangnya 10 ribu

Semasa kejadian petang Jumaat 11 Mac itu, mat periuk sebenarnya sedang menghadiri kenduri di rumah kawan iaitu Kapten Zahid dan Nana di Gold Coast ini, kenduri pindah rumah, bithday dan harijadi sekaligus. Besar kemungkinan juga semasa bumi Sendai dikejutkan dgn gegaran maha hebat itu, mat periuk dan kawan2 di sini sedang mengalunkan ayat2 kursi dan menadah tangan kepadaNya. Allahu akhbar...

Sejak mat periuk sambung belajar nie, banyak betul kejadian2 malapetaka yg melanda, tahun lepas Victoria dgn hutan terbakarnya, baru je minggu lepas kecoh dgn gempa bumi di New Zealand, manakala awal tahun mat periuk sendiri terkena tempiasnya dgn banjir besar di Brisbane.

Mat Periuk: dunia makin tua, relevan lagilah PhD ini bila tiba masanya nanti...

Monday, March 7, 2011

peluang yg terpaksa ditolak

Alhamdullilah sejak bermula tahun baru nie, mat periuk dapat banyak juga offer utk host rancangan TV di Malaysia. Tapi terus terang setakat ini, hanya satu aje yg mat periuk buat sebab masa shooting kena dgn jadual free dari study mat periuk (tgh cuti new year & summer). Program tu ialah Sarjan Saji Musim ke 3. Insyallah akan keudara di TV3 pertengahan tahun ini. Walaupun kadang2 rasa macam sayang dan terkilan tapi mat periuk mesti menumpukan 100% pada PhD yg sedang diusahakan, kehadiran kesini dgn satu misi je iaitu balik dgn gelaran tersebut. Ada juga terima offer disini, boleh tahan juga lumayannya tapi mat periuk masih kuatkan diri kerana mat periuk masih tetap sayang kan UiTM, masih tetap sayangkan Malaysia.

Pengalaman shooting Sarjan Saji 3 memang best, production team yg terbaik, suasana kerja pun terbaik dan artis2 undangan yg sporting dan yg terbaik jugak. Antaranya Memey, Nubhan, Fida, Dina, Fauzi Nawawi, Didie Alias dan ramai lagi. Tunggu mat periuk dan Sarjan Jamil di kaca TV anda nanti...

Mat Periuk: Insyallah kalau ada offer yg diterima dan kena dgn timing atau jadual mat periuk disini, Insyallah mat periuk akan usahakan.


Macho Man aka Sarjan Jamil

Tinggi & lemah lembut si Memey nie....untung Abg Norm heheheh

aksi cameraman Bro Khairul dicelah2 pokok shooting Nubhan

Friday, February 11, 2011

Sejarah tertulis dari semangat jalanan

Setelah 18 hari krisis bermula atau lebih tepat revolusi tercipta, beberapa jam yg lepas Hosni Mubarak mengalah kepada semangat jalanan rakyatnya sendiri setelah 30 tahun berkuasa.

Mat periuk tak pernah walau sehari tertinggal mengikuti perkembangan negara Mesir ini. Sungguh menghairankan dan megejutkan kerana setelah beberapa kali Hosni berkeras untuk terus berada di taktha, beberapa jam tadi beliau akhirnya akur. Terdapat beberapa teori yg boleh dikatakan atas tindakan pemimpin kuku besi ini. Antaranya ialah kerana tekanan dari 'rumah putih' sendiri tetapi yg paling menarik ialah teori yg megetakan terdapatnya retakan pengaruh, belokan minda dan ubahan pegangan diantara barisan tentera negara Mesir sendiri dimana ramai diantara anggota tentera Mesir terutamanya barisan mudanya mula berpihak kepada rakyat yg mencipta revolusi. Jadi sebelum keadaan menjadi semakin buruk (kerana keadaan memang terlalu buruk) jika barisan tentera ini melompat ke pagar sebelah, keputusan cepat, tepat dan drastik harus dibuat.

Mat periuk sungguh tertarik apabila salah seorang penunjuk perasan ditanya apakah maksud kejayaan ini? Katanya:kejayaan ini bermaksud Mesir akan bebas akhirnya..dan apabila ditanya apa pula maksud 'bebas' yg sebenarnya?..jawabnya ringkas: bebas untuk'mimpi'hari esok...

Mat Periuk: semoga mimpi rakyat Mesir disudahi dgn keindahan nyata apabila terjaga esok harinya..

Wednesday, February 2, 2011

Bantuan Malaysia sudah bermula

Syukur, Alhamdullilah.Operasi meyelamat sudah pun bermula kira-kira 24 jam yg lepas.Walau pun hakikatnya kita sangat lambat mengambil keputusan. Kalau semua perasan sejak entry mat periuk yg lepas, pihak yg berkenaan mengambil masa lebih 3 hari sebelum memulakan operasi menyelamat atau lebih tepat 9 hari selepas krisis Mesir berlaku. Pendapat mat periuk yg tak seberapa ini ialah kelewatan ini disebabkan oleh tindakan menghantar delegasi dari Malaysia (Timbalan menteri, setiausaha politilk PM dan lain-lain) utk meninjau keadaan disana. Langkah ini adalah amat kurang 'bijak' kerana ini sahaja telah mengorbankan hampir 48 jam atau mungkin lebih kerana jarak perjalanan yg jauh, mengambil masa utk settle down dan mendengar pula taklimat dari pihak kedutaan (yg sebenarnya boleh dilakukan secara video conference saja antara Cairo - Kuala Lumpur). Didalam keadaan krisis atau bencana setiap minit dan saat diambil kira. Sepatutnya jika pihak kedutaan Malaysia di Mesir menjalakan tugas hakiki mereka dgn lebih berkesan didamping teori empowerment digunakan di peringkat tertinggi mungkin perkara ini boleh dielakkan.

Apapaun perkara dah berlaku, semoga menjadi pengajaran semua pihak. Keadaan disaat ini di Mesir bertambah buruk apabila pihak penyokong Hosni Mubarak mula bertempur dgn para pejuang demonstrasi.

Adakah kelewatan 3 hari atau 72 jam kita menbuat keputusan akan memberi 'kesan' kepada operasi menyelamat dan 'delegasi' yg dihantar sekali lagi bagi operasi meyelamat itu? kita sama-sama tunggu dan lihat. Hanya panjatkan doa dan bertawakal saja pilihan kita yg tidak berkemampuan ini.

Mat periuk: di Mesir sibuk bertelagah, di Queensland sibuk menghadapi cyclone.

Monday, January 31, 2011

Risau keadaan Egypt sekarang

Rasanya semua sedia maklum keadaan terkini di Egypt sekarang. Huru hara, kacau bilau dan darurat. Soal keselamatan peljar dan rakyat Malaysia paling meruncing sekarang. Walaupun Mat periuk tak pernah ada pengalaman di luar negara yg sedang bergolak tapi sedikit sebanyak dapat juga merasai macamana perasaan jika menghadapai masalah di negara orang.



Yang paling merisaukan bila suratkhabar Malaysia kata rakyat kita semuanya selamat di sana sekrang. Sungguh musykil baca update macam nie, sebab setahu mat periuk bilangan pelajar Malaysia disana sangat ramai, yg berdaftar saja lebih 7000 ribu, itu belum masuk pelajar yg tidak ditaja mana-mana pihak terutamanya pelajar-pelajar dari sekolah pondok yg kebanyakkanya di Universiti Al Azhar. Macaman begitu 'confident' kata 'semua' pelajar kita selamat. Apa motifnya?



Pengalaman banjir besar di Brisbane baru-baru ini dimana respond suratkhabar Malaysia adalah sama sedangkan beratus-ratus student Malaysia yang mejadi mangsa juga memnbuatkan mat periuk skeptikal dgn update yg dikeluarkan oleh pihak-pihak yg berkenaan. Risau sungguh keadaan mereka sekarang.



Bayangkan jika keadaan Egypt atau Mesir ini tidak serius takkanlah Kerajaan Australia chartered Qantas Airline utk selamatkan rakyatnya yg lebih kurang 1000 lebih je tu dan PM Gillard sangat risau dan sedang memantau keadaan rakyatnya di negara itu 24 jam. Bukan Australia saja sudah bertindak, banyak negara lagi. Contohnya India sudah beberapa kali ulang alik menyelamatkan rakyatnya menggunakan Air India. Portugal menggunakan kerahan tentera dgn kapalterbang tentera C-130, Kerajaan Greece juga menggunakan tentera, US mengeluarkan rakyatnya sekurang-kurangnya ke Cyprus, China lagi hebat menghantar terus 2 jet dan Airbus 330 serta Airbus 3330-220 Hainan Airlines. Banyak lagi negara sudah memulakan operasi meyelamatkan rakyat mereka lebih 24 jam yg lepas seperti Thai dgn Thai Airways walaupun menghadapi masalah kerana mereka tidak pernah ada route ke Cairo sebelum ini. Denmark, German, British, Turkey semua sudah bertindak. Malah jiran kita Indonesia sudah pun memulakan proses membawa balik beribu-ribu pelajar dan rakyat mereka.

Wahai mereka yg berkuasa dan bertanggunhjawab, mulakanlah tindakan menyelamatkan anak-anak, adik-adik, saudara mara kita di sana (walaupun kita sudah terlambat sebenarnya!). Sekarang bukan masanya utk membincangkan perkara2 yg tak berfaedah.

Wasalam

Mat Periuk: mari ramai-ramai doakan keselamatan semua di sana, ramai yg kesana kerana menuntut ilmu akhirat, dugaan mereka pasti maha hebat.

Sunday, January 16, 2011

Bencana Banjir Australia: Bantuan untuk Pelajar Malaysia di Brisbane

Salam buat semua...

Saya dengan rendah diri merayu pada semua pihak untuk membantu para pelajar kita di Brisbane yang dilanda kesedihan dan kesengsaran di negara orang akibat banjir besar yang melanda.

"Ingatlah hari ini masa mereka, esok lusa mungkin masa kita pula"

mat periuk: sungguh besar dugaan ini...didoakan semua pelajar kita terus tabah, kuat semangat dan sabar menghadapi keadaan ini

Wednesday, January 12, 2011

Banjir Besar di Queensland

Kepada yg selalu mengikuti FB mat periuk mesti perasan status yg sentiasa di update pasal banjir 'inland tsunami' yg melanda South East Queensland sekarang. Di saat entry ini ditulis keadaan masih lagi teruk. Mat Periuk dan family yg di Gold Coast nie pun sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Bahan-bahan makanan dah stock up, lilin, touch light, baju hujan semua dah ready. Dokumen2 penting semua dah bungkus dan diasingkan.Jarak anatara GC dan tempat banjir yang terdekat kurang 1/2 jam sahaja sekarang.

Ramai juga pelajar2 Malaysia yg terutama di Toowoomba, Ipswich dan Brisbane yang terlibat sama. kami di GC sedang menanti dgn penuh debaran nasib kami pula. kakitangan MSD, PPMQ, JPA dan kedutaan masing-masing sibuk bertanya khabar pelajar2 kita disini dan sedang menghulurkan banyuan sebaik mungkin. Terima kasih diucapkan.

Banjir kali ini paling teruk didalam sejarah since 1974. Bandar Brisbane kini sudah ditengelami air, air empangan yang penuh bercampur pula dgn air pasang laut. menjadikan sungai Brisbane macam air terjun yang deras. Penuh dgn barang2 yang hanyut seperti ada jet ski, bot, almari, rumah, malah restorang terapung yang pecah bila berlangar dgn jambatan2. Keadaan memang menakutkan. Alhamdullilah hari nie langit cerah dan hujan sudah berhenti. Hujan disini sebenarnya dah berlarutan sejak bulan September tahun lepas, so dapat bayangkanlah macamana empangan boleh penuh samapi 200%.

Setakat ini juga sudah 12 orang yang terkorban dan berpuluh-puluh lagi hilang. Kemungkinan angka yang terkorban sangat tinggi. Walaupun hujan sudah berhenti tapi kami disini masih tetap kena berjaga-jaga kerana dijangka cyclone dari tengah laut pula dijangka menghentam kawasan south east Queensland ini yang dijangka dalam beberapa hari lagi. Doa dan Tawakal padaNya.

Mat periuk: satu pengalaman......satu pengajaran...

keadaan panik semua orang membeli bahan keperluan sebelum bekalan terhenti dan kedai ditengelami air

Bandar Toowoomba seperti di tengah air

beginilah lajunya air dari empangan turun dan terus menuju bandar-bandar sebelum ke laut

Ramai mangsa terkorban kerana terperangkap didalam kereta semasa cuba menyelamatkan diri

bayangkan kekuatan dan kederasan air ini sehingga rumah pun boleh dihanyutkan

Sunday, January 2, 2011

Fishing & Picnic @ Jabiru Island

Salam 2011,

sekejap je dah 3 haribulan...rasa baru je celebrate new year eve. Tula pasal, masa tu berjalan tanpa disedari. Teringat masa mat periuk kerja sebelum cuti belajar nie, sedar tak sedar habis setahun. Antara sebab mat periuk sambung belajar nie juga pasal nak luangkan lebih masa dengan family, especially dgn anak-anak. Kita nie terutamanya kaum bapa selalu fikir kerja je sebab nak pastikan duit cukup untuk keluarga, memang betullah tu tanggungjawab kita, tapi janganlah sampai lupa tanggungkawab yang lain. Anak-anak sentiasa tunggu masa bersama mak & bapa, tapi mak bapa diorg diorg sibuk mencari duit. Jadi tahun nie mat periuk berazam nak lebih kan lagi masa dengan anak-anak, family dan kawan2. Insyallah ini tahun terakhir di bumi Australia., bila menjejak aje kaki semula ke Malaysia nanti maka bermula episod sibuk dgn kerja semula. Entah bila nak dapat masa-masa macam nie.

Jadi mat periuk nak pesan untuk semua kaum bapa carilah masa sikit masa untuk anak-anak & family. Masa berlalu dgn cepat tanpa disedari anak-anak dah besar. Yg pasti bagi kaum bapa yg berada di Malaysia mesti ada yg macam tak percaya anak mereka bermula sekolah hari nie. heheheh..(dah tua dah kome tu wei)

Entry hari nie pun pasal meluangkan masa dengan family dan anak-anak. Semalam, mat periuk, family dan kawan2 picnic dan fishing di Jabiru island, hajat dihati nak ke Paradise Point tapi ramai sangat orang. Ok juga tempat nie, sesuai untuk anak-anak nak mandi, ibu-ibu nak berehat di park dan bapa-bapa nak berfisihing (walaupun ikannya tak berapa nak muncul heheheheeh)

mat periuk: "bukan ikan yg dikejar tapi suasananya yang lebih utama" (ayat standard kalau tak dapat ikan wakakaka)

seronoknya anak-anak melayu ni mandi
kaum ibu berehat setelah penat menjaga anak-anak dan suami hehehe
inilah dia kaki-kaki pancing tegar di Gold Coast
walau ikan tak mandang, gaye kena ade...ajenye iye

* gambar ehsan saudara Wadi..terima kasih, nanti tangkap gambar lagi.